freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga ::..

ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH
Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

Potensi kawan
Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

Pasangan sesuai
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

ANAK BONGSU

Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL

Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

Potensi kawan
Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

Pasangan sesuai
Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.
Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.

Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza..

anak sulong kah anda?
kedua..ketiga...seterusnya...?
bongsu kah anda...?
tunggalkah anda...?


apa pendapat anda tentang posisi anda atau org terdekat anda dan karakternya?

jom kita kongsi!!!

Jendela teman baikku..

Pagi-pagi,jendela..petang-petang pun jendela..malam-malam pun jendela juga...itulah temank saya didalam bilik..setiap hari berkepit dengan si jendela.Bukan ape,kadang2 terasa diri ini kesunyian lantas mencari jendela untuk menemani diriku di kala kesepian.haha,ayat x leh belah.

Sebenarnya,saya sangat suka merenung alam ciptaan Allah.So,jendela sentiasa menjadi tempat singgahan untuk menenangkan jiwa dan minda.Bangun pagi,langit masih gelap dan siang hampir menjelma.Udaranya begitu nyaman dan sejuk membuatkan aku terasa sangat bersyukur kerana masih punya waktu untuk menghirup udara yang segar setelah 'mati' sebentar.Kicauan burung,pemandangan langit yang cantik,menarik,tertarik..Tapi,bila jam dah hampir menunjukkan pukul 8 pagi kelibat student2 kt CFS ni berpusu-pusu pergi ke kelas.Macam2 ragam.Yang terlambat tu lagi la..laju sungguh jalan sambil menguap dan menyapu mata kerana terlewat bangun tidur agaknya.

Siang2 agak panas. Tapi,tidak pernah menghalang saya untuk singgah lagi di tepi jendela melihat alam ciptaan Allah ini.Panas itu baik..Sejuk itu pun baik.Bila dah hampir senja,saya masih akan memandang langit yang kejingga-jinggaan(betul ke?pape jelah) sehingga azan maghrib berkumandang,saya cuba mencari kalau2 terlihat kalimah Allah pada awan yang kelihatan.Pernah satu ketika,sewaktu azan berkumandang saya melihat kalimah Allah yang semakin menghilang seiring dengan azan yang semakin habis berkumandang.Subhanallah..

Malam pun menjelma..selalunya selepas solat maghrib,saya akan membaca Al-Quran di tepi jendela..Berdiri lama pun tak kisah,sebab ade kawan saya sanggup bermain laptop sambil berdiri lama-lama.Inikan pula membaca kitab suci Allah.Tapi,berdiri lama-lama tetap lenguh kan?so,dudukla pulak..Walaupun kawasan bandar ini agak susah untuk melihat satu bintang di langit,apatah lagi beribu2 bintang..tapi,ia tetap cantik dengan warna malam serta bintang2 ciptaan dari bangunan2 yang tersergam indah dengan cahaya bintangnya,(cahaya lampu).Kalau dikampung,bukan satu bintang yang kelihatan.berjutalah..biasalah kampung kan,masih belum dicemari dengan cahaya lampu bangunan2 seperti di kawasan bandar ni.

Lastly,dah panjang berceloteh ni cuma nak ingatkan satu je..sering mentadabbur alam untuk lebih meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah taala..but jan lama2 sangat nanti orang tengok pelik pula.maybe la..

Peringatan Buat Yang Belum Mengerti

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day
sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah
orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan
sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak
berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya
runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam
rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian
bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan
orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar
keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan
mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.
Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu
penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang
dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan
harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan
menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah
dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.
Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh
kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah
yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol
tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini
turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka
sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.


Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu
.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .
posted by ibnu Ahmad's Tazkirah

Warna-warni Kehidupan





Dunia yang penuh dengan keceriaan kerana Pencipta dunia adalah Allah Taala Yang Berkuasa, Yang Sempurna atas segala sesuatu.

Cuba perhatikan di sekeliling kita.Jika sedang berada di dalam rumah atau bilik, sudah tentu kebanyakannya benda buatan manusia yang mempunyai warna-warna tersendiri.Memang pelbagai jenis warna yang terdapat di setiap benda tersebut.Merah,kuning,hijau,biru,jingga,ungu...macam jenis lagi warna yang ada.Warna -warni.

Namun,sedarkah kita bahawa secantik-cantik mana pun,sekagum-kagum mana pun kita terhadap kecantikan sesuatu benda buatan manusia sesungguhnya kecantikan alam ciptaan ALLAH itu lagi cantik dan menarik.Subhanallah.

Sekali lagi cuba kita renung sejenak,warna apa yang terdapat pada benda yang tidak terdapat pada alam semulajadi?Pada pendapat saya, mungkin tidak ada satu pun warna yang ada pada benda tidak ada pada alam semulajadi. Contohnya,dahulu sewaktu saya masih dalam lingkungan pelajar tadika atau sekolah rendah,saya pernah terfikir..Adakah terdapat warna ungu pada alam semulajadi seperti pada buah,air,langit.Pada waktu itu,saya rasa tidak ada warna ungu pada alam semulajadi.Rupa-rupanya,warna itu terdapat pada buah manggis atau sejenis buah yang saya tidak pasti apakah nama buah tersebut. Tetapi, itu dulu sewaktu saya masih kecil dan tidak mempunyai begitu banyak pengetahuan umum tentang alam ciptaan Allah ini. Mungkin kerana saya kurang berjalan-jalan atau perjalanan kehidupan saya masih terlalu pendek.So,saya kurang pemerhatian tentang alam ini.

Alhamdulillah,akhirnya saya menyedari bahawa hakikat kehidupan ini sememangnya hanyalah atas keizinan Allah. Jika Allah tidak mengizinkan kita untuk membuat sesuatu,maka tidak akan terjadilah benda tersebut.

Ddalam seni lukisan,hanya terdapat tiga warna asas iaitu warna kuning,biru dan merah. Apabila dicampurkan antara warna tersebut,ia akan berubah menjadi warna yang lain.Contohnya:



Tetapi,semua warna yang perlu dicampurkan itu tidak perlu dilakukan oleh ALLAH.Semua warna tersebut memang sudah wujud.Sesungguhnya,ALLAH adalah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu.

Suhaimi-Kias Cinta

Seandainya dunia tiada warna
tetap kan ku kagumi
indah maya alam ciptaanNya
kudratNya ku agungi

namun jalin warna zahirlah sang pelangi
menyisih mendung menambat seri
terbias semua cahaya
nyata ilham di alam mimpi
betapa ku syukuri nikmatNya
ku pasti

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tika dalam gelita
atau sepi kembara
dihadirkan rasa cinta
sisih segala duka
anugerah dariNya

hanyalah cintaNya yang amat ku harapkan
tiada lain yang jadi rayuan
namun Dia Maha Mengerti
tak mampu insan bersendiri
menempuh dugaan yang menguji
naluri

begitu kias cinta
hadir menghuni jiwa
menyatu sejuta rasa
kurnia penuh bermakna

tak akan ku persia
limpah rahmat yang Esa
bagaikan jalinan warna
yang menyulam cahaya
biasan kasihNya

moga tak diuji asyik cinta duniawi
mengharap teduh redha Ilahi
kerna segala kurnia
hadirnya hanyalah pinjaman
sungguh ku syukuri kesempatan
bahagia...






Salam Maulidur Rasul..

Memperingati kelahiran Rasulullah (s.a.w) akan membuatkan hati kita tergerak untuk berselawat keatas Nabi (s.a.w) dan memuji baginda yang merupakan satu perkara yang diarahkan oleh Allah di dalam ayat,

"Sesungguhnya Allah dan para Malaikat berselawat keatas Nabi, wahai orang-orang yang beriman ! berselawatlah kamu dan berilah salam keatasnya" (Al-Ahzab:56). Berkumpul beramai-ramai dan mengingati Nabi (s.a.w) akan membuat kita mudah untuk mendoakan baginda serta berselawat dan memuji-muji baginda. Siapakah yang berhak untuk menghalang apa yang telah Allah perintahkan di dalam Al-Quran? Pahala dan manfaat serta cahaya yang Allah berikan kepada hati kita kerana mematuhi perintahnya, tidak dapat diukur. Suruhan itu pula dinyatakan dalam keadaan jamak (ramai - 'plural') didalam kaedah nahu bahasa Arab (sila rujuk ayat al-Quran) : Allah dan MalaikatNya berselawat dan memuji Nabi - didalam satu perkumpulan yang ramai. Adalah tidak benar sama sekali untuk menyatakan bahawa selawat keatas Nabi (s.a.w) hanya boleh/perlu dilakukan secara bersendirian.

Rasul Junjungan-Hijjaz

Mari berselawat ke atas nabi
Berselawat ke atas rasul
Salallahu ala muhammad
Salallahu alai wasallam

Engkau bagaikan matahari
Menerangi seluruh alam
Engkau bagaikan bulan purnama
Menerangi kegelapan malam
Ya Rasulullah ya habiballah
Ya rasulullah ya habiballah
Salamun alaik

Berselawatlah keatas nabi
Moga hidup kita diberkati
Amalkan sunnah rasul junjungan
Moga kita mendapat syafaat

Rasulullah pernah bersabda
Ku diutus membawa rahmat
Juga membawa akhlak mulia
Contoh tauladan sebaik ummat


Cubalah Untuk Mengatakan Sesuatu.....

Ini bukan gaya sejoli tu..


Pada satu petang,setelah baru pulang dari outing..Si A(gadis) telah terserempak dengan pasangan sejoli yang sedang bersembang di satu sudut.Pada awalnya, Si A hanya memandang dengan penuh persoalan dan merenung sejoli tersebut.Mengharapkan dyorang tersedar dan mungkin boleh berpisah.Setelah melepasi mereka berdua,Si B(gadis) n Si C(jejaka) tidak berganjak dari tempat tersebut..Si A berasa x begitu sedap hati untuk sekadar melihat tanpa menegur Si B n Si C tersebut.Dia bertekad untuk berpatah balik..


A: Assalamualaikum..abang ke?

B: Err..a’ah abang..

A : Abang..em abang betul ke?Abang kandung?(dengan penuh kehairanan dan ingin mndptkn kepastian)

C: A'ah.Ye, ni kembar..adik ni x balik.tu yang hantar barang kt adik ni.

A: Oh,kembar..xpelah.tp setahu saya selalunya klu kembar atau adik beradik x sembang macam ‘ni’.(sambil menunjukkan ke arah diorang)Klu adik bradik,diorang sembang macam lain sikit. So, sebab saya tengok korang sembang macam ni tu yang saya datang tegur tu.(Nampak macam bukan adik beradik pun)Tapi xpe lah klu adik beradik..Em, awak..nanti bawa teman eyh..sebab awak sorang je dgn dia.takut bawa fitnah lak.

B: Em..er2.k

A: K lah..bye.Assalamualaikum.

B n C : Waalaikumussalam..

Walaupun begitu, Si A masih tidak berpuas hati dengan jawapan diorang yang mengatakan bahawa diorang adalah kembar.Si A kemudian menuju ke bilik Si B dan bertanyakan kepada roommate Si B tentang Si B mempunyai kembar atau tidak.namun, jawapan yang sudah dapat dipastikan dan difikirkan Si A.Si B x de kembar pun.
Si A berfikir..Kenapalah perlu seseorang manusia itu menipu makhluknya yang lain sedangkan Allah dapat mengetahui juga hal sebenarnya. Si A juga ada terdetik di hatinya.
“Dahla buat dating,then still nak tipu lagi? Berganda dosa yang dilakukan…Astaghfirullah,Nauzubillah.”

Setelah peristiwa tersebut..Si B sering mengelakkan diri dari terjumpa dengan Si A. Namun, Si A hanya mampu berdoa dan masih berusaha untuk mendekati Si B..

P/s Walau sesusah mana pun mulut nak memberi teguran terhadap orang lain,kuatkanlah hati kita kerana sekali anda terlepas daripada menegur benda yang patut ditegur pasti akan menyesal kerana boleh jadi kita akan semakin lemah.Lagi, mungkin kita sudah tidak punya peluang untuk berdakwah terhadap orang lain
kerana belum tentu ada saat seterusnya untuk kita.(peringatan buat diri dan sahabat seperjuangan)

Pekerjaan Apa Yang Paling Baik?





Hmm...dulu saya pernah terfikir dlm byk2 pekerjaan..yg mana paling baik yg x pernah ada kecacatan.pd awal pndpt sy,rasa2nya cikgu.sebab ilmu yang cikgu tu berikan kepada anak muridnya pasti akan dimanfaatkan.so, cikgu tu akan dapat pahala yang berterusan walaupun di dalam kubur.lagi satu, kalau jadi cikgu..


lagi,kalau jd peniaga plak ikut sunnah Nabi..tp tu la,dalam perniagaan plak boleh ada kes riba..macam2 la dunia ni.


Tak lama lepas sy sering terfikir tntg benda ni,saya pun tanya la ayah..hehe(anak ayah)

Ayah..mesti keja cikgu yang paling bagus kan ayah?x dak rasuah..ilmu yg bleh dimanfaatkan.saya memulakan perbualan dgn ayah kesayangan di dalam kereta pada suatu masa dahulu..
Em..x juga sbb klu cgu tu masuk kelas lmbat atau masuk skolah lmbat..yang tu dkira gaji buta.
mana ada kerja kt dunia ni yang betul2 bleh elak dari benda2 camtu.

tgok,klu kita nak jadi polis pun..asalnya nak jaga keamanan negara.tup tup...rasuah pula.
klu cam doktor, satgi bleh jd plak klu dy ada jg tlibat dlm rasuah ka?ataupun mendedahkan perihal pesakitnya yang melnggr etika kedoktoran.

engineer lak..bagus gak sbb bleh buat kemdhn untk org ramai tp klu x ikhlas krna Allah?


betul gak noh ayah..x suma keja tu betul baik.

So, kat sini..saya pun tlah mrasakan bhwa wlu sebaik mana pun orang memikirkan tentang kelebihan sesuatu benda tu..pasti ada juga keburukannya. lagipun,klu xde keburukan..kebaikan tu x dapat dipertingkatkan..betul x?


Kepada semua sahabat2 saya, walau apa pun yang kita lakukan dan apa yang kita kerjakan haruslah ikhlas serta elakkan daripada perkara2 yang x baik untuk diri kita .


hanya pendapt saja..klu x stuju boleh lah komen ye..

Antara yang sempat diambil..





Gerhana Matahari??Alhamdulillah..Unik sekali







Penerangan oleh pihak Angkasa.




Hari ini..merupakan kali pertama saya melihat gerhana matahari secara reality.Alhamdulillah, Subhanallah, cantik

dan panas.haha.Saya bersama beberapa orang kawan dari UIA pergi ke Planetarium petang tadi. Kami bertolak pada awal jam 12 tghari dr Uia menaiki bas Uia sendiri. Bila dah sampai tu,masa still awal lagi sebab sentuhan pertama gerhana pukul 3.01 ptg. So, sementara menunggu tu kami masuk kejap ke dalam bangunan Planetarium di situ. Best ke tak tu, tak tahu pula sebab sebenarnya hanya kami dari Uia je yang ada dalam tu. Enjoy la gak sebab bebas nak buat pe kat dalam tu.pengawal pun xde masa tu. Dah habis tu, saya bersama roomate saya pergi makan dekat kafe muzium then solat zohor.Bila time nak naik balik ke plateriumtu, tetiba ada seorang auntie datang dekat kami berdua. Dia cakap cina tapi kami x faham. Rupa2nya nak ambil gambar bersama kami.haha..sengih sungguh kami berdua.xdelah..senyum manisla sikit sebab nak menunjukkan budi atau kesopanan rakyat Malaysia.Buat2 faham je diorang cakap apa.

Tinggal dalam setengah jam lagi untuk sentuhan pertama gerhana matahari tu. Gerhana matahari kali ini ialah gerhana Anulus iaitu gerhana yang berbentuk cincin. Ia berlaku apabila matahari, bulan dan bumi berada pada satu garisan dimana bulan akan melindungi matahari yang akan menghasilhan bayang hitam yang menutupi tengah2 matahari.Walaupun di malaysia gerhana hanyalah separuh,atau gerhana separa tapi ia tetap unik dan menarik. Hanya beberapa negara yang akan menerima dan dapat melihat gerhana penuh atau gerhana cincin iaitu di Myanmar,Afrika dan beberapa negeri yang lain. Sebelum bermula program itu yang bermula pada pukul 2.30 petang,para pencerap atau pihak dari ANGKASA telah bersiap sedia untuk mencerap cahaya matahari di sekitar planetarium itu. Terdapat lebih kurang 7 jenis teleskop yang berlainan untuk mendapatkan dari sudut yang berbeza serta warna yang juga berbeza.

Alhamdulillah, saya dan kawan2 dapat melihat matahari dari teleskop2 yang terdapat di situ. Terdapat tompok hitam pada matahari yang menunjukkan tempat yang paling sejuk di permukaan matahari. Kami juga telah diberikan spek khas yang dibuat untuk melihat matahari secara terus. Setiap penglihatan pertama secara berterusan hanyalah selama 30 saat. Hal ini kerana, pencahayaan matahari yang terlalu panas dan ternag akan merosakkan mata. Saya tidak berapa pasti mungkin akan menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Sentuhan pertama telah terjadi pada pukul dalam pukul 3 petang lebih. Semua orang dan pengunjung di situ sangat teruja apabila dapat melihat gerhana matahari itu sendiri. Sebelum ini, mungkin ramai tidak berkesempatan untuk melihat gerhana yang berlaku. Terdapat sekumpulan dari sekolah tahfiz mungkin kerana semua adik2 atau abang2 itu memakai jubah putih. Kemas dan comel(untuk adik2 yang masih kecil lagi) ada juga dari kampus teknik tetapi saya pun tidak berapa pasti dari mana dan sewaktu perjalanan pulang, SBPI Rawang baru tiba untuk turut melihat gerhana tersebut.

Gerhana yang akan berlaku pada masa hadapan adalah pada 9 Mac 2016. oleh itu, jangan melepaskan peluang melihat kekuasaan Allah ini. Sesungguhnya yang cantik itu adalah kecantikan Allah. Kekuasaan itu adalah kekuasaan Allah. Serta segala perancangan yang Allah aturkan untuk setiap alam semesta ini sangatlah teratur dan tidak akan bias ditangani oleh makhluknya.


Tapi malangnya, saya terlupa untuk melakukan solat gerhana..kuciwa dan terkilan sekali.InsyaAllah, lepas ini saya tidak akan melepaskan peluang untuk melihat tanda2 kekuasaan Allah ini dan juga solat gerhana.

Semangat Itu Perlu








Subhanallah,Alhamdulillah,Lailahaillallah, Allahuakbar...

Insan yang bernama Pejuang..

Dulu Semalam dan Hari Ini,
Kau melihat generasi demi generasi
menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH.

Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan.
Kau benar-benar kebingungan dan bertanya
"Apa yang harus aku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini?"

Sahabatmu menjawab,
"Bukankah kau adalah Da'ie dan Mujahid?"

Kau bertanya lagi,
"Tapi,langkahku terlalu lambat..."

Jawab sahabatmu,
"Kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..Mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan..Pada hari itu, amalmu terbentang,tubuhmu terbuka..Apakah disana ada bekalmu?"
Pada akhir zaman, orang-orang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api...
dan terus menggenggam hingga hancur luluh jiwanya..
Namun,andai dilepaskan..Hancurlah dunia..

JANGAN TAKUT UNTUK BERJUANG!!!
SESUNGGUHNYA PERJUANGAN ITU,
PASTI ADA RINTANGAN DAN HALANGAN,

INGATLAH..
ALLAH SENTIASA BERSAMA
DENGAN ORANG - ORANG YANG SABAR..

KITA HIDUP UNTUK BERJUANG..
MATI UNTUK KEHIDUPAN..
SYURGA IMPIAN..
IMAM NAWAWI

Rahsia Di Sebalik Jari Anda dan Saya

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia
kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda
mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal
emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal
ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai
model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan
minda yang hebat.



Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa
"capjempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.


sekadar selingan..never try this at home!!

--------------------------------------------------------------------------------
''Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah Tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami

Jaga Diri Sebelum Pertempuran Seketika..

Masih lagi dalam musim peperiksaan. Disini saya lampirkan sedikit tips atau panduan yang perlu kita saling fikirkan sebelum menghadapi exam kita.walaupun banyak srategi yang boleh kita praktikkan,namun buat masa yang genting ini bolehlah kita sama-sama bersedia dari setiap sudut.Antaranya :-

PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.



PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Lastly,saya ambil kesempatan untuk memohon maaf dari sahabat2 semua andai terdapat perbuatan atau perlakuan atau apa saja salah saya samaada yang disedari ataupun tidak.Sesungguhnya,saya hanyalah insan yang sering punya kelemahan dan kesilapan

Ijtima' Pelajar Islam Malaysia--Dijemput Beramai- ramai




IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.


KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

Break Sebentar!!



Aduh...alwaktu kassaif.cepatnya masa dah berlari jauh.Sekarang,dah time exam midsem.So,kt sini saya masukkan entri yang boleh mnjadi tatapan sambil merehatkan minda slpas study tue.InsyaAllah..Selamat membaca.


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit jiwa.... berjalan-jalan di
sekitar
hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti
hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang
menyanyi
kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah
suara
itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari
sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah
salah
seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah
seorang
penyanyi.

Tapi yg hairannya... beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam
keadaan
terlentang..... tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula....
sambil
menyanyi

Doktor itu terus bertanya " Kenapa awak tadi terlentang.... tapi sekarang
meniarap pula"

Lalu pesakit itu menjawab " Oooo tadi Side A... ini Side B pulak "

Doktor tersebut dalam keaadaan tercengang berkata"oh,k2..kalau dah abis bateri, bagitau saya ye..(mungkin memikirkan lelaki tadi menggunakan walkman
untuk memutarkan lagu2nya)

Kemunculan Kerajinan??Bila lagi..

Alamak!!!!Labah2 menyerang blog saya. Segalanya akan dibersihkan beberapa detik lagi.Nantilah wahai labah2 dan komponi2nya.semoga cepat berpindah ke blog yang x diupdate yang lain yer.nasib baik spiderman x masuk sekali,kalau tak pasti akan dimusnahkan dengan entri terbaru.haha.Kemalasan dulu kian hilang.Blog x diupdate x elok juga kan?hehe..kejap ya.

Paku Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.


Berdasarkan hadis:-


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:
"Berilah wasiat padaku." Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya
berkali-kali tetapi baginda s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah."

(Riwayat Bukhari)


Begitulah pentingnya menahan marah itu kerana seorang mukmin yang kuat adalah apabila dia dapat mengawal kemarahannya..


Tapi jangan pula seorang yang jenis panas baran tu nak paku rumahnya sesuka hati. Minta izin ayah dulu, kalau tak boleh juga pergilah cari rumah orang yang dah nak rebah mencium bumi ,lepas tu minta izin tuan rumah kata nak paku rumah dia. Mesti dia bagi punya..(nak buat baik la kononnya kan)

Walau apa pun,sebenarnya cerita ini hanya sebagai gambaran sahaja.Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

Jika anda marah sewaktu sedang berdiri,maka duduklah..

Jika anda marah sewaktu sedang duduk,maka baringlah

Jika anda marah sewaktu sedang berbaring, maka tidurlah.

Tetapi jika kemarahan anda belum hilang selepas cara2 tersebut,berwudu'lah dan solatlah agar dapat menenangkan dan menghilangkan amarah anda.


Wallahualam.


Akhir sekali,maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...