Salam Pertemuan

Jendela teman baikku..

Pagi-pagi,jendela..petang-petang pun jendela..malam-malam pun jendela juga...itulah temank saya didalam bilik..setiap hari berkepit dengan si jendela.Bukan ape,kadang2 terasa diri ini kesunyian lantas mencari jendela untuk menemani diriku di kala kesepian.haha,ayat x leh belah.

Sebenarnya,saya sangat suka merenung alam ciptaan Allah.So,jendela sentiasa menjadi tempat singgahan untuk menenangkan jiwa dan minda.Bangun pagi,langit masih gelap dan siang hampir menjelma.Udaranya begitu nyaman dan sejuk membuatkan aku terasa sangat bersyukur kerana masih punya waktu untuk menghirup udara yang segar setelah 'mati' sebentar.Kicauan burung,pemandangan langit yang cantik,menarik,tertarik..Tapi,bila jam dah hampir menunjukkan pukul 8 pagi kelibat student2 kt CFS ni berpusu-pusu pergi ke kelas.Macam2 ragam.Yang terlambat tu lagi la..laju sungguh jalan sambil menguap dan menyapu mata kerana terlewat bangun tidur agaknya.

Siang2 agak panas. Tapi,tidak pernah menghalang saya untuk singgah lagi di tepi jendela melihat alam ciptaan Allah ini.Panas itu baik..Sejuk itu pun baik.Bila dah hampir senja,saya masih akan memandang langit yang kejingga-jinggaan(betul ke?pape jelah) sehingga azan maghrib berkumandang,saya cuba mencari kalau2 terlihat kalimah Allah pada awan yang kelihatan.Pernah satu ketika,sewaktu azan berkumandang saya melihat kalimah Allah yang semakin menghilang seiring dengan azan yang semakin habis berkumandang.Subhanallah..

Malam pun menjelma..selalunya selepas solat maghrib,saya akan membaca Al-Quran di tepi jendela..Berdiri lama pun tak kisah,sebab ade kawan saya sanggup bermain laptop sambil berdiri lama-lama.Inikan pula membaca kitab suci Allah.Tapi,berdiri lama-lama tetap lenguh kan?so,dudukla pulak..Walaupun kawasan bandar ini agak susah untuk melihat satu bintang di langit,apatah lagi beribu2 bintang..tapi,ia tetap cantik dengan warna malam serta bintang2 ciptaan dari bangunan2 yang tersergam indah dengan cahaya bintangnya,(cahaya lampu).Kalau dikampung,bukan satu bintang yang kelihatan.berjutalah..biasalah kampung kan,masih belum dicemari dengan cahaya lampu bangunan2 seperti di kawasan bandar ni.

Lastly,dah panjang berceloteh ni cuma nak ingatkan satu je..sering mentadabbur alam untuk lebih meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah taala..but jan lama2 sangat nanti orang tengok pelik pula.maybe la..

1 comments:

Anonymous said...

dikala kume dlm suasana bercrta perjlnan masa diklate dan Ganu,jarijemari ini terbuka blog anak kesayangan ambo, Asma'maka terbacalah blog sdeh luahan hatinya.rasa terkedu jga hati yg membacanya.
bgtulah lumrah khidupan,pastinya dugaan ini x akan lpas dari khidupan insan.ada suka ada duka.apalagi semasa berjauhan dari kluarga. namun ingatlah anak2 diprantauan,inilah dugaan stiap insan. setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan kesabaran yg bertrusan.Sabar dikala berjauhan dengan semua insan2 tersayang, Mengingati dan menginsafi diri akan segala pengorbanan keluarga adalah satu penawar dan motivate diri dikala kerinduan dan kesunyian.INGATLAH ANAK2, setiap yang dilalui harini yang merupakan keperitan,kerinduan,kesusahan dan kesukaran mestilah disertai dengan ketabahan dan selalu menyerahkan ini sebagai satu takdir ALLAH SWT dan perlu disertai doa dan munajat kepadaNYA agar ssegala yang kita tempuhi hari ini dan hari2 mendatang akan segera berakhir. BERAKIT KEHULU BERENANG KETEPIAN,BERSAKIT DAHULU BERSENANG KEMUDIAN. Sekian ,muga nukilan ini akan dapat menjadi sedikit penawar segala kerisauan,gundah gulana hati dalam kehidupan ini.TERUSKAN PERJUANGAN

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...