freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

..:: Kenali Perwatakan Melalui Kedudukan Dalam Keluarga ::..

ANAK SULUNG
Sebagai anak sulung, anda lebih matang berbanding usia anda. Anda sering diberi kepercayaan memikul pelbagai tanggungjawab. Sebab itu, anda belajar berterus terang mengenai perasaan. Anda bukan sahaja mahu ketenteraman keluarga tetapi mahu semua perkara berjalan mengikut perancangan anda.

Potensi kawan
Penyokong? Tentulah. Suka membantu? Memang dijanjikan. Kawan-kawan anda tahu mereka boleh menelefon anda pada bila-bila masa. Cuma yang perlu diingatkan, jangan hanya fikirkan kepentingan orang lain sehingga mengabaikan kepentingan anda sendiri. Selalunya anak sulung akan bertindak begini. Sepatutnya anda menjaga kepentingan sendiri juga.

Pasangan sesuai
Anda sudah biasa cuba melakukan semua perkara dengan sempurna dan menjadi contoh baik kepada adik-adik. Ini meningkatkan harapan anda terhadap orang lain yang mungkin agak sukar dikecapi. Anda mahu semua perkara dibuat mengikut cara anda. Perangai anda suka memerintah. Anda hanya boleh memikat lelaki pasif yag tidak kisah mengikut kehendak anda. Pasangan impian anda? Anak tengah sahaja sesuai menepati perangai anda itu.

ANAK TENGAH
Ada orang boleh anda contohi atau dijadikan panduan. Anda juga sering dianggap sebagai anak contoh. Anda mudah bergaul dengan orang. Ini tidak menghairankan kerana anda pandai menarik perhatian dan menonjolkan diri.

Potensi kawan
Anda sudah biasa bergaul dalam kumpulan, jadi mengapa kehidupan social anda perlu berbeza? Semangat anda memberi setiap orang peluang berkawan dengan anda walaupun anda mengambil masa untuk meluahkan rahsia peribadi. Jangan terkejut sekiranya kawan baik anda juga anak tengah. Mereka berkongsi keperluan anda untuk ruang peribadi mereka kerana itulah sifat semulajadi anak tengah.

Pasangan sesuai
Sekiranya anda membesar di kalangan perempuan, kewujudan lelaki mungkin agak menakutkan anda. Pasangan ideal anda adalah lelaki yang berterus terang dengan perasaannya. Sekiranya anda ada abang atau adik lelaki, pergaulan dengan mereka tidak menimbulkan sebarang masalah. Cabaran anda ialah menunjukkan sifat kewanitaan anda. Pasangan sesuai untuk anda adalah anak tunggal. Dia akan tertarik cara pergaulan anda dengan adik-beradik anda.

ANAK BONGSU

Membesar di kalangan adik-beradik lebih tua, anda selalu mempunyai seseorang untuk menjaga kepentingan anda. Ini perkara semula jadi agar anda berasa selesa untuk mencuba sesuatu yang baru. Anda suka menonjolkan diri dalam pergaulan walaupun ada kalanya anda suka berlumba pada sesuatu keadaan (sebagai anak bongsu anda perlu mengikut jejak mereka yang lebih tua).

Potensi kawan
Anda sudah mempelajari pelbagai perkara dengan memerhati abang dan kakak anda. Jadi tidak menjadi masalah untuk bergaul dengan orang lain. Cabaran sebagai anak bongsu, anda selalu memberi pandangan berbeza dengan orang lain. Biarpun anda tidak suka bergaduh, anda selalu menimbulkan masalah.

Pasangan sesuai
Sekirannya anda mempunyai abang anda tidak perlu risau kerana sudah biasa bergaul dengan lelaki. Sekiranya anda mempunyai kakak, bercinta bukan suatu misteri kerana anda sudah mendengarnya melalui kakak. Pasangan paling ideal, mestilah sibongsu juga. Anda akan menjadi pasangan paling selesa dan serasi.

ANAK TUNGGAL

Sebagai anak tunggal anda menjadi tumpuan keluarga. Anda juga cukup berdikari dan yakin. Anda berani meluahkan perasaan hati kerana ibu bapa anda sentiasa sedia mendengar. Namun, anda menganggap orang lain juga berminat. Ini menjadikan anda seperti terlalu suka bercerita mengenai diri sendiri.

Potensi kawan
Tidak pernah berkongsi dengan sesiapa ketika membesar menjadikan anda seorang degil, tidak pandai bertolak ansur dan selalu mahu mendapatkan apa yang dihajat. Bertolak ansur ialah kunci kepada persahabatan panjang. Sekiranya, anda mahu mempunyai teman rapat dan terjalin lama, cuba berkongsi apa yang anda ada dengan saudara-mara terdekat.

Pasangan sesuai
Sikap tenang dan keyakinan anda menjadi tarikan utama kepada lelaki. Bagaimanapun, untuk mengekalkan minat pasangan anda perlu belajar berkongsi suka duka dalam hidup anda. Anda tidak pernah ada kakak untuk berkongsi rahsia, apabila sesuatu berlaku naluri anda memberitahu anda supaya membuat lawak atau diam sahaja.
Itu tidak menjadi masalah untuk meluahkan perasaan anda. Sekiranya pasangan anda mempunyai kakak, dia akan tahu cara memanjakan anda tanpa melemaskan anda.

Posisi sebagai anak sulung, tengah, bungsu, atau anak tunggal, dan lain2 memungkinkan kita mempunyai karakter yang berlainan dan perwatakan yang berbeza..

anak sulong kah anda?
kedua..ketiga...seterusnya...?
bongsu kah anda...?
tunggalkah anda...?


apa pendapat anda tentang posisi anda atau org terdekat anda dan karakternya?

jom kita kongsi!!!

Jendela teman baikku..

Pagi-pagi,jendela..petang-petang pun jendela..malam-malam pun jendela juga...itulah temank saya didalam bilik..setiap hari berkepit dengan si jendela.Bukan ape,kadang2 terasa diri ini kesunyian lantas mencari jendela untuk menemani diriku di kala kesepian.haha,ayat x leh belah.

Sebenarnya,saya sangat suka merenung alam ciptaan Allah.So,jendela sentiasa menjadi tempat singgahan untuk menenangkan jiwa dan minda.Bangun pagi,langit masih gelap dan siang hampir menjelma.Udaranya begitu nyaman dan sejuk membuatkan aku terasa sangat bersyukur kerana masih punya waktu untuk menghirup udara yang segar setelah 'mati' sebentar.Kicauan burung,pemandangan langit yang cantik,menarik,tertarik..Tapi,bila jam dah hampir menunjukkan pukul 8 pagi kelibat student2 kt CFS ni berpusu-pusu pergi ke kelas.Macam2 ragam.Yang terlambat tu lagi la..laju sungguh jalan sambil menguap dan menyapu mata kerana terlewat bangun tidur agaknya.

Siang2 agak panas. Tapi,tidak pernah menghalang saya untuk singgah lagi di tepi jendela melihat alam ciptaan Allah ini.Panas itu baik..Sejuk itu pun baik.Bila dah hampir senja,saya masih akan memandang langit yang kejingga-jinggaan(betul ke?pape jelah) sehingga azan maghrib berkumandang,saya cuba mencari kalau2 terlihat kalimah Allah pada awan yang kelihatan.Pernah satu ketika,sewaktu azan berkumandang saya melihat kalimah Allah yang semakin menghilang seiring dengan azan yang semakin habis berkumandang.Subhanallah..

Malam pun menjelma..selalunya selepas solat maghrib,saya akan membaca Al-Quran di tepi jendela..Berdiri lama pun tak kisah,sebab ade kawan saya sanggup bermain laptop sambil berdiri lama-lama.Inikan pula membaca kitab suci Allah.Tapi,berdiri lama-lama tetap lenguh kan?so,dudukla pulak..Walaupun kawasan bandar ini agak susah untuk melihat satu bintang di langit,apatah lagi beribu2 bintang..tapi,ia tetap cantik dengan warna malam serta bintang2 ciptaan dari bangunan2 yang tersergam indah dengan cahaya bintangnya,(cahaya lampu).Kalau dikampung,bukan satu bintang yang kelihatan.berjutalah..biasalah kampung kan,masih belum dicemari dengan cahaya lampu bangunan2 seperti di kawasan bandar ni.

Lastly,dah panjang berceloteh ni cuma nak ingatkan satu je..sering mentadabbur alam untuk lebih meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah taala..but jan lama2 sangat nanti orang tengok pelik pula.maybe la..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...