freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Jaga Diri Sebelum Pertempuran Seketika..

Masih lagi dalam musim peperiksaan. Disini saya lampirkan sedikit tips atau panduan yang perlu kita saling fikirkan sebelum menghadapi exam kita.walaupun banyak srategi yang boleh kita praktikkan,namun buat masa yang genting ini bolehlah kita sama-sama bersedia dari setiap sudut.Antaranya :-

PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;

Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;

Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat
peperiksaan;

Bersikap terlalu yakin - "overconfident";

Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.



PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu disaat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1.Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2.Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anakny sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3.Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Alla telah berfirman dalam surah ar-Ra'ad, ayat 36, yang
mafhumnya "Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati".

4.Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5.Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Lastly,saya ambil kesempatan untuk memohon maaf dari sahabat2 semua andai terdapat perbuatan atau perlakuan atau apa saja salah saya samaada yang disedari ataupun tidak.Sesungguhnya,saya hanyalah insan yang sering punya kelemahan dan kesilapan

Ijtima' Pelajar Islam Malaysia--Dijemput Beramai- ramai




IJTIMAK PELAJAR ISLAM MALAYSIA 09

OBJEKTIF :

1. Menghimpunan pelajar Islam di seluruh Malaysia bagi menghubungkan silaturrahim di kalangan mereka
2. Membentuk kesatuan fikrah islam untuk membina izzah Islam
3. Menyedarkan peranan pelajar Islam bagi mengembalikan kegemilangan islam
4. Melatih peserta untuk turun berdakwah dalam masyarakat dan bekerja untuk Islam.


KONSEP PROGRAM

1, Peserta sendiri berminat dan bersedia untuk ditarbiiyah, kawalan dan dorongan luar adalah sebagai pembimbing.

2. Tempat program berpusat di masjid . Adab dan tatatertib di masjid hendaklah di utamakan

3. Program tidak dikenakan bayaran. Sumbangan ikhlas itu lebih utama bagi membina budaya infak.

4. Tarbiyah aqidah, fikrah, ukhuwah dan rohani serta kerja dakwah diterapkan sepanjang program.

5. terbuka kepada pelajar 15 tahun ke atas

Keterangan lanjut hubungi : PENASIHAT PROGRAM CIKGU SUKARNO 019-5987842 sukarnohamid@yahoo.com

PENGARAH : - UST. NAJHI 0136044154 . SETIAUSAHA : Saudara Amin (bg peserta Muslimin ) – 013-4661669/ syababul_muslim91@yahoo.com.my , * Saudari Adilah (bg pserta Muslimat) -013-4929164/nisauddin_17@yahoo.com

Break Sebentar!!



Aduh...alwaktu kassaif.cepatnya masa dah berlari jauh.Sekarang,dah time exam midsem.So,kt sini saya masukkan entri yang boleh mnjadi tatapan sambil merehatkan minda slpas study tue.InsyaAllah..Selamat membaca.


Seorang doktor di sebuah Hospital Sakit jiwa.... berjalan-jalan di
sekitar
hospital untuk melawat para pesakit. Tugas ini merupakan akitiviti
hariannya sepanjang beliau bertugas.

Sepanjang beliau berjalan, beliau terdengar suara orang sedang
menyanyi
kalau tidak silapnya. Beliau cuba mencari dari mana datangnya arah
suara
itu.

Setelah puas mencari....barulah beliau menyedari suara itu datang dari
sebuah bilik berhampiran dan ternyatalah yang menyanyi itu adalah
salah
seorang pesakitnya yg menyanyi dengan penuh perasaan seolah-olah
seorang
penyanyi.

Tapi yg hairannya... beliau melihat pesakit itu..menyanyi dalam
keadaan
terlentang..... tiba-tiba tak lama kemudian dia meniarap pula....
sambil
menyanyi

Doktor itu terus bertanya " Kenapa awak tadi terlentang.... tapi sekarang
meniarap pula"

Lalu pesakit itu menjawab " Oooo tadi Side A... ini Side B pulak "

Doktor tersebut dalam keaadaan tercengang berkata"oh,k2..kalau dah abis bateri, bagitau saya ye..(mungkin memikirkan lelaki tadi menggunakan walkman
untuk memutarkan lagu2nya)

Kemunculan Kerajinan??Bila lagi..

Alamak!!!!Labah2 menyerang blog saya. Segalanya akan dibersihkan beberapa detik lagi.Nantilah wahai labah2 dan komponi2nya.semoga cepat berpindah ke blog yang x diupdate yang lain yer.nasib baik spiderman x masuk sekali,kalau tak pasti akan dimusnahkan dengan entri terbaru.haha.Kemalasan dulu kian hilang.Blog x diupdate x elok juga kan?hehe..kejap ya.

Paku Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.


Berdasarkan hadis:-


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:
"Berilah wasiat padaku." Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya
berkali-kali tetapi baginda s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah."

(Riwayat Bukhari)


Begitulah pentingnya menahan marah itu kerana seorang mukmin yang kuat adalah apabila dia dapat mengawal kemarahannya..


Tapi jangan pula seorang yang jenis panas baran tu nak paku rumahnya sesuka hati. Minta izin ayah dulu, kalau tak boleh juga pergilah cari rumah orang yang dah nak rebah mencium bumi ,lepas tu minta izin tuan rumah kata nak paku rumah dia. Mesti dia bagi punya..(nak buat baik la kononnya kan)

Walau apa pun,sebenarnya cerita ini hanya sebagai gambaran sahaja.Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

Jika anda marah sewaktu sedang berdiri,maka duduklah..

Jika anda marah sewaktu sedang duduk,maka baringlah

Jika anda marah sewaktu sedang berbaring, maka tidurlah.

Tetapi jika kemarahan anda belum hilang selepas cara2 tersebut,berwudu'lah dan solatlah agar dapat menenangkan dan menghilangkan amarah anda.


Wallahualam.


Akhir sekali,maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....

Pesan Atuk : Episod Semut



Berakhirnya Semester Pertama..UIA PJ


Emm..bagaikan x percaya yg akhirnya sy telah bisa mengabiskan sem 1st kt bumi cfs ni.pd awalnya,sy penah trfikir cmana nk explore hidup yg sering keseorangan(without kwan2 skolah lama )kt cni..tp sy cuba jg kuatkan diri..ramah x tentu hala,nak cari kawan la kononnya. Alhamdulillah.akhirnya dr seorang ke dua org,dr dua jd empat,jd sepuluh..then,jd la ramai....besnya ramai kawan.tp satu je masalah sy ni.kdg2 asal da bertaaruf.lupa plak nama diorg.org tegur sy tp sy terlupa sapela dia ni??(wat2 kenal je la)sori ek..

Abis tu,TERjebak (TER-maksudnya..kbyakannya bukanlah pernah dipikirkan nk masuk)dengan society,jd committee,fasi lah..ape lg ntah.then sibuk x tentu pasal.sibuk sgt smpai x smpat nk study la jg.tp study tetap kena study.klu x,cmne nk truskan pengajian kt cfs ni.baru 1st year.lama lg ni nk out dr u ni.so,kena la korban masa tido,masa dgn kwan2 baik,fuh..penat sgt.diorg tengok sy ni cam nk pengsan da.jap ke sana,jap ke sini,jap ke utara,selatan,timur n barat.penat2..malam exam pun stil ada metg..sape x tension?so,sy pun byak la minta pendapt senior2,kwan,family,lecturer..mcm2 pndpat yg diorg bg.hm..lastly,smpai skrg dok pk2 gak apa nk buat.ada pndpt try teruskan sbb baik untuk masa depan.ada plak suro drop yg mana patut..tp dalam hati ni,nk drop kot..em..x tau la.

Pengalaman buat sem pertama ni memg banyak gak.hadir program kt luar,dalam,depan,belakang uia.haha,xde la smpai camtu skali..tp,memang banyak gak dpt bljr pengalamn yg bru kt sini yg kdg2 x pernah terpk pun nk buat.huhu,ape tue?(hanya diri dan tuhan yang tahu)antara pengalamn yg dpt sy kongsikan ialah bila kena handle about catering untuk program pertama stelah mnjd ahli society tue.mwmang pda awalnya mcm x percaya yg sy akan terlibat tuk handle program,talk je(tp bg sy sbg seorg pljar 1st year,mmg best tp menakutkan sbb segalanya terletak pd ajk itu sdiri)sy boleh terlupa nak ambilkan gelas dan air untuk penceramah..(x patut)then,bila pm tnya mana air,memang gelabah r cari.pastu pergi kafe dah tutp tp stil tgah buat operasi mengemasla.then,sy pun mintala nk pinjam gelas.tp gelas xde,cawan ade la..ambil je la dah memang terdesak.Malu la jg sbb x pernah dibuat org kot bg penceramah guna cawan untuk minum.(memang la cawan gunt tuk minum air tp,selalunya kan gelas)hehe.pengalaman mengajar kita matang dalam kehidupan.

TUP!TUP!TUP!dah bulan puasa..then cuti raya..bestnya.alangkah lg best klu uia x de exam tgah org lain syok2 beraya.aduh..pesal lah raya pun nk kena study tuk exam.hmm..dugaan..tp x pe lah asalkan dapat balik rumah dan beraya dengan family tersayang..SAYANGNYA kt family sy yg bahagia lg berkat..(moga2)wlupun hanya beberapa ketika sj kami dpt beraya,jalan2,shopping2,n apa yg penting??MAKAN2..Alhamdulillah wa syukurillah..kerinduan bakal terubat sebab sy akan pulang ke rumah pd petang ini..gembira x terkata.

hai...takut la plak.lpas balik kena mai plak kt cfs ni.aduh,terbygkan result yg bakal diterima oleh diri ini.Ya Allah,moga Kau berikan yg terbaik buatku.Amin..k lah,itu sj coretan di sini..
klu ada masa lapang boleh saja sy updatekan dr masa ke semasa..wslam=)

x sabo nk blik umah.nk g kemas brg jap.huhu

Diet Rasulullah

Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. Insya Allah kalau anda ikut diet Rasullullah ini, Anda takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKAN
Jangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN

* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi.
* Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
* Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Nampak memang sulit.. tapi, kalau tak percaya? cubalah?.. Kesannya tidak dalam jangka pendek?. Kesannya akan nampak bila kita sudah tua nanti.
* Dalam Al-Quran (ada sesiapa boleh bagitahu aku ayat berapa, surah mana?) juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah mencegah kita makan ikan bersama susu. kerana akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahwa dalam daging ayam mengandung ion+ sedangkan dalam ikan mengandung ion-, jika dalam makanan kita ayam bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat merosakkan usus kita.
* Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesihatan spt membuat amalan antara lain:

1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.
5. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan).

Sabda nabi : "Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya"Kita tidak boleh makan makanan sebarangan kerana di dalam makanan terdapat berbagai perkara yang boleh menyebabkan penyakit jika kombinasinya tidak sesuai.
Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Apabila anda telah mengetahui ilmu ini, Pengetahuan ini adalah sangat baik dipanjangkan kepada orang lain.

Kenali Aidilfitri


SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri. Nabi saw memberitahu mereka, "Sesungguhnya Allah swt telah mengurniakan 2 hari yang mempunyai kebaikan di dalamnya, iaitu hari Eidul-Fitr dan hari Eidul-Adha." Riwayat Abu Daud, 1134

Sabda Nabi saw kepada Abu Bakar r.a., "Setiap kaum ada perayaan, dan ini adalah perayaan kita" (Riwayat Bukhari dan Muslim). Hadis ini merujuk kepada 2 perayaan Eid yang khusus bagi orang Islam.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, iaitu jika dilakukan akan terbatal puasanya. Lantaran itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan itu.

Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal`Aidul Fitri berasal dari perkataan`aid adalah diambil dari kata al-`audu (kembali). Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa: "Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu hari kiamat."

Source from kedahlanie.blogspot.com

Tesbih

Tesbih

Allah Azza Wajalla

Allah Azza Wajalla

Rindu Family...Mahu Pulang



Tit tit..tit tit..
mesej handphone berbunyi.tertera nama Abi,iaitu ayah kesayangan saya.
"Wahai anak2 ayah!Ayh kagum dgn kamu semua kerana sanggup berjauhan dgn ayah mak n adik2 yg lain di bulan puasa ni kerana menuntut ilmu..sabarlah kerana setiap kepayahan itu ada kemudahannya nanti.Go on for your excellent.Selamat menjalani ibadah puasa semoga tahun ini yang terbaik n anggaplah yang terakhir dalam hidup kita.Amiin.."
Itulah kata - kata ayah saya pada waktu subuh tadi..Hati saya cukup tersentuh dgn kata2nya.Bertambah semangat saya untuk menjalani hari yang baru ini.

Sudah hampir sebulan saya berada di cfs ini.Tak sabar rasanya hendak berbuka puasa dgn family di kampung.Saat2 berbuka puasa adalah sangat menggembirakan.Namun lebih membahagiakan apabila berbuka puasa dgn family.Terbayangkan family saya di Kedah berbuka dan menikmati juadah dgn penuh nikmat sambil bergurau senda. Saya teringatkan masakan makk saya yg sgt sedap.Tambahan pula, bila mak saya membuat agar2 lumut.(eh, jangan terbayang lumut yang betul pula,nama je tp sebenarnya dibuat ramuan dari daun pandan)Sedapnya..(kurang pahala..hehe)

Tapi,tak kurang meriahnya di CFS ini apabila dapat Ifthar bersama beramai - ramai dgn kengkawan..Baru2 ini, ada ifthar jamai'e under FRC(facilitator representative committe) bersama - sama dgn FRC dari Uia Nilai.Alhamdulillah..Esoknya CAC(Culture and Arts Club) pula menganjurkan Ifthar jamai'e bersama - sama dgn anak2 yatim dan lebih istimewa lagi apabila terdapat artis jemputan iaitu Hafiz Hamidun dan Muaz.Walaupun hanya sempat mendendangkan dua buah lagu setiap seorang tapi itu sudah cukup bagi peminat2 mereka.Tapi agak menyedihkan apabila anak2 yatim tadi terpaksa pulang awal.So,kami x sempat nak beramah mesra dgn diorang..Semoga diorang diberkati Allah kerana anak2 yatim itu adalah anak2 yang mulia.

Berbalik kepada topik,kerinduan terhadap family dapat diubati dgn sering bermesej atau membuat panggilan.atau berchattin dgn adik2 di rumah.Kemudahan teknologi kini dpt menjaga dan membantu kita daripada terseksa kerana terpaksa berjauhan dengan family.Walaupun,tempat belajarku hanya 5 jam dari Kedah=)Tapi dikira jauh..kerana family tiada di depan mata.tapi di hati ada..

Tarikh kepulangan saya ke kampung adalah pada 11 september ini.Tinggal lagi lebih kurang dua minggu.Alhamdulillah.Moga saya dapat pulang ke kampung dengan selamat...
Salam Ramadhan semua..Moga berbahagia dengan keluarga tercinta.Berhati - hati balik kampung.Biar lambat asalkan selamat=)

RAMADAN YA KAREEM..


Nasyid from Rabbani
Bersama - sama kita menghayatinya..

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Ramadan kini tiba lagi
Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

Bulan Ramadan tiba lagi
Membawa hikmah dan pengajaran
MEndidik jiwa orang bertakwa
Menginsafkan diri siapa kita

Jagalah adab di bulan ini
Berbukalah dengan sezeki yang halal
Sediakan juadah yang berpatutan
Elakkan diri dari pemmbaziran

Berbagai hikmah dan baraqah
Terkandung di dalam bulan Ramadan
Dikurniakan juga Lailatulqadar
Malam terpilih sepuluh malam terakhir

Puasa bukan hanya berlapar
Tapi ia jalan menuju ketakwaan
Ibadat dibina dari hati maknawi
Redha lagi pasrah penuh kehambaan

Alhamdulillah... Alhamdulillah
Syukur pada Yang Esa

'POHON RENDANG' Apa ada padanya??




Pada suatu hari,Amira baru pulang dari sekolah.Sebaik sampai di rumahnya,Amira terus menerpa kakaknya yg sedang berehat-rehat di bawah pokok yg besar di hadapan rumahnya.Amira terus bersalam dan mencium kakak kesayangannya itu.Bermulalah perbualan di antara mereka.

Kakak : Ha..mcmane kt sekolah td?cikgu ajar ape?
Amira : oh..kami buat aktiviti td..
Kakak : aktiviti pe?
Amira : Dalam aktiviti tu,kami kena renung alam sekeliling..pastu ustazah suruh kami pilih satu benda yg kami suka.adik pun pilihla tanah..
Kakak : kenapa adik pilih tanah??
Amira : sebab adik kan duduk atas tanah..jadi,adik pilih yg paling senang la..kawan2 adik ada yg pilih burung,rumput, matahari,kerusi,pensil..banyak lagi lah..
Kakak : pastu ustazah suruh buat ape?
Amira : mula2 ustazah tanya sebab pa pilih benda2 camtu..mcm2 kwan2 adik jawab..klu yg pilih burung tu sbb dia suka melastik burung..yg pilih awan tu sebab dia suka tengok awan,mcm2 bentuk dia kata..ada bentuk kucing, kapal terbang.ayam goreng pun ada gak..
Kakak : hmm..macam2..pastu?
Amira : pastu,ustazah suruh kami fikir lg tntg apa yg kami pilih dan kaitkan dengan kebesaran Allah..
Kakak : adik cakap ape tntg tanah?
Amira : adik pun tak tau nk cakap ape.tapi adik kata klu Allah x ciptakan tanah, manusia dan haiwan x boleh hidup.
Kakak : sebab ape manusia dan haiwan x boleh hidup pula tanpa tanah??
Amira : sebab klu x de tanah,pokok x boleh hidup..klu pokok x boleh hidup manusia dan haiwan x boleh makan plak..kita kan kena makan untuk hidup..hehe
Kakak : emm..pandai adik akak ye.betul tu..bukan hidup untuk makan..ha..dari situlah menunjukkan Allah itu Maha Bijaksana dalam mengatur segala kehidupan yg berlaku di dunia ini.
Amira : Tapi akak, ustazah ada tanya kami semua.Ape pula kaitan pokok dengan aqidah, ibadah dan akhlak??semua org senyap sebab tak tau..sbnrnya ape kaitannya akak??
Kakak : oh..adik nak tau ye..ok,cuba adik tengok dkat pokok tu..ape yg adik nampak?
Amira : em..ada daun,batang,buah dan tu je kot..
Kakak : Ha..ada satu lg adik x sebut..
Amira : ape dia akak??
Kakak : Akar..
Amira : alah..mana adik nampak.,akar dlm tanah..
Kakak : okey..x pe.akak saja nk nk uji adik..k..dr situ kita dah boleh kaitkan dgn salah satu drpd tiga tersebut, antara aqidah,ibadah dan akhlak..cuba adik teka akar boleh dikaitkan dgan ape?
Amira : em..x tau la akak.adik kan kecil lg..
Kakak : ok2..akak gtau..akar tu berkaitan dgn aqidah yg terdpt dlm hati kita..aqidah tu berasal dr perkataan arab aqada yg bermaksud pegangan atau ikatan.jadi akak nk bgtau kat adik yg kita semua ada perikatan atau pegangan dlm diri kita..kita semua telah terikat dgn Allah Taala sejak kecil.tp kita pula sering melupaiNya..manakala bg muallaf plak..selalunya setelah diorg memeluk agama Islam,diorang akn mjadi lbih bagus dr org Islam sejak azali tu lg..
Amira : betol2..adik tgok uncle hariz yg bru masuk Islam tu pun lebih bagus dr org lain.
Kakak : haa..tu bermakna,kita yg dah lama terikat dgn Allah pun kena la sedar,kan?
Amira : ya2..em,akak... apa plak kaitan batang pokok dgn tiga benda tu??
Kakak: Pokok berasal dr akar kan??akar tu aqidah kan??then,pokok tu mestilah ibadah..kan dr aqidah yg kita ada tu akn teramallah ibadah kita..faham x??
Amira : faham2..tapi akak crite la lbh ckit..
Kakak : k.k. ibadah tu ada dua jenis..satu yg khusus dan satu lg yg umum.Adik rase yg mana apa tu ibadah khusus n apa tu ibadah umum??
Amira : adik try jawab ea.tp klu silap..akak perbetulkan..
Kakak : InsyaAllah..ape dia??
Amira : ibadah khusus tu ialah ibadah khas yg di wajibkan keatas umat Islam..contohnya yg boleh kita ikut brdasrkan rukun Islam dan Iman..manakala,ibadah umum tu ape pe je pun boleh kan??asal x brlanggar dgn syariat dan mesti niatnya kerana Allah..btol x akak??
Kakak : Subhanallah..walhamdulillah..pandainy adik akak ni..bru 14 tahun dh boleh jd ustazah..nak jadi ustazah x besar nanti??
Amira : nak2..nanti boleh la org pggil adik ustazah..mcm yg adik pggil ustazah adik tu..adik seronok tgok ustazah ayu,baik hati,sopan santun..bagus lah ustazah adik tue..adik nk jadi cam die la..
Kakak : ha, ada satu yg adik trsilap faham..adik x bleh jd ustazah sebb nk dengar org lain lain panggil adik ustazah..kita x bleh bangga dgn ape yg kita ada skrg..
Amira kanape plak?
Kakak : klu dia pakai semata - mata org lain tgok.,itu salah tu..tu dh dikira lain,bukan kerana Allah dn kesedaran dia perlu menutup dgn sempurna..yg adik lihat dan yg adik nk ikut cara ustazah yg tu lah dikatakn akhlak atau peribadi yg ada pada ustazah adik..adik nk jd mcm tu mestilah ada syarat dan cara2nya..
Amira : ape syaratnye kak??
Kakak : syaratnya,kita mestilaah ada akar dulu seblum mnegakkan n mengukuhkan batang.pastu barulah akan terhasilnya dan tertumbuhnya daun2 yg lebat,buah yg ranum dan mnjadi Pohon Yg Rendang skali..adik kesayangan akak ni faham x??
Amira : x la akak..x fhm,cne yg boleh jadi ada buah n daun plak?apa kaitannye?
Kakak : buah dan daun tue dikaitkan dgn akhlak..klu akidah adik kuat,adik akan sering mengerjakan ibadah selalu dan dari situlah adik akan menjadi seorg yg berakhlak tinggi yg boleh mnjadi contoh bg org lain..contohnya, mcm yg ada pada ustazah adik tadi..selain tu,sentiasa menolong dan melakukan kebajikan tanpa mengharapkan balasan dan pujian dr org lain..
Amira : em..adik dah fahm.so,adik skrg kena la pertingkatkn diri adik dlm mncari ilmu2 pengetahuan terutamanya tentang agama..betol x akak?
Kakak : sekali lg..adik akak pandai..Alhamdulillah..dgn menuntut ilmu pengetahuan juga dpt kita perbaiki diri untuk mjadi muslimah yg sejati.Amiin..
Amira : amin..moga2 kan akak?
Kakak : ya.InsyaAllah..k lah dik..jom masuk rumah dulu..adik mesti lapar kan?
Amira : A'aa..adik mana makan lg..makan tu kan satu ibadah..hehe
Kakak : hmm.. dah pandai praktik dah ye?Alhamdulillah..Allahuakbar

Syurga Itu Ditelapak Kakimu...IBU

Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur seorang ibu yang sangat dikasihi, disayangi dan dirahmati. So, masih belum terlambat untuk anak - anak memohon ampun dan maaf daripada insan yang telah melahirkan, membesarkan dan menjaga kita sebagai anak2nya seperti menatang minyak yang penuh. Sesungguhnya, setiap apa yang kita dapat lakukan pada hari ini dan saat ini adalah kerana jasa dan pengorbanan seorang ibu yang sebenarnya telah berjaya mendidik dan membesarkan kita anak2nya dengan sempurna,Alhamdulillah......

Semoga Allah dapat membalas segala yang telah ibu curahkan untuk kami dengan sentiasa brsemangat, diberi kesihatn yg baik dan rezki yg berkat..

Oleh itu, kpd semua anak2 yg masih mempunyai ibu dpt menggunakn kesemptan yg Allah berikan untuk membalas jasa2 dn pengorbann yg telah di lakukn untuk kita semua..

Sesungguhnya, SYURGA ITU DITELAPAK KAKI IBU........

Mabuk Dalam Cinta Kepada Allah..



Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia.
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :


1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

PAKAIAN, RUPA BUKAN KRITERIA SEBENAR TAQWA.

Sewaktu Nabi Daud memberikan pelajaran akhlak kepada muridnya, masuk seorang lelaki yang memakai jubah putih, menyebarkan aroma yang wangi.

Lelaki berjanggut itu datang sambil mengucapkan salamkepada Nabi Daud, tetapi beliau tidak menghiraukannya dan tidak juga menjawab salam orang itu.

Nabi Daud terus menyampaikan pelajaran kepada muridnya tanpa menoleh sedikit pun kepada orang itu. Lelaki itu segera menunaikan solat sebagaimana yang disyariatkan pada waktu itu. Dia melaksanakan sembahyangnya dalam waktu yang lama, dengan rukuk dan sujud yang panjang. Selesai sembahyang, orang itu berdoa dengan mengangkat kedua-dua tangannyadan dengan suara penuh harap sambil menangis.

Nabi Daud tetap meneruskan pengajarannya, tanpa memberi perhatian kepada lelaki itu untuk berkenalan. Dia juga tidak memberi kesempatan kepada muridnyauntuk mengambil perhatian kepada orang itu.

Melihat keadaan demikian, muridnya kurang senang dengan sikap Nabi Daud. Mereka menganggap Nabi Daud tidak memberikan contoh baik dalam menghormati tamu.

Lelaki berdoa panjang dengan penuh tangisan selepas sembahyang. Dia kemudian keluar dari tempat peribadatan itu, selepas meminta diri dengan mengucapkan salam. Namun Nabi Daud tetap tidak menaruh hormat sedikit pun kepada orang itu.

Selepas Nabi Daud mengakhiri pelajarannya mengenai akhlak baik, seorang muridnya bertanya kepada beliau : “Wahai Nabi Allah, boehkah saya bertanya ?” “Ya, silakan,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Bukankah Nabi mengajar kepada kami bagaimana cara untuk menghormati tamu ?.

“Betul,” jawab Nabi Daud.

Murid itu berkata : “Tetapi mengapa engkau sebagai seorang guru tidak memberikan perhatian atau menghormati tamu yang datang pada waktu engkau sedang memberikan pelajaran ?” Nabi Daud menjawab : “Aku tidak memberikan sedikit pun perhatian kepadanya kerana tamu itu tidak mempunyai akhlak baik.

“Ingatlah bagaimana caranya untuk memasuki majlis ketika guru mengajar. Mula-mula dia perlu melangkah dengan kaki kanan terlebih dahulu sebagai tanda menghormati tempat ibadat ini. Kemudian dia sepatutnya tidak mengucapkan salam terlebih dahulu, melainkan langsung duduk ikut mendengarkan pelajaran.”

Salah seorang murid mencelah : “Mungkin tetamu itu belum mengetahui tata cara memasuki suatu majlis pengajian seperti ini.”

Nabi Daud menjawab : “Tetapi jubah dan serbannya menunjukkan seolah-olah dia itu orang alim. Apakah layak jika memang dia itu orang yang alim, tidak mengetahui sopan santun dan tata cara memasuki tempat peribadatan dan majlis ilmu ?”

“Orang seperti itulah yang akan menjatuhkan agama kita. Ini kerana penampilannya tidak sesuai dengan sikapnya dalam menjalankan agama.”

Muridnya berkata lagi : “Tetapi kita melihat bahawa orang yang berjubah itu tadi melaksanakan sembahyang dengan lama sekali, bagaimana dengan itu?” Nabi Daud menjawab : “Itulah tanda kepalsuannya. Dia hanya ingin menunjukkan kesolehan kepada kita semua, pada hal dia sebenarnya bukan orang soleh. Dia melakukan sembahyang buat kita, bukan bagi tuhan.”

Seorang muridnya bertanya : “Tetamu tadi juga berdoadengan panjang sambil menangis, bukankah itu menunjukkan kealimannya.”

Nabi Daud menjawab : “Apakah doa yang panjang itu menjamin keikhlasan hatinya?

“Bukankah Tuhan lebih menyukai doa yang khusyuk dan penuh keyakinan kepada-Nya. Kalau dia ingin menangis, tidak selayaknya di depan kita.

“Menangislah dengan penuh kesedihan di depan Allah ketika sendirian dalam sembahyang malam pada waktu semua makhluk sedang tidur dengan lelap hingga mereka tidak melihat tangisan itu kecuali Tuhan.

Seorang murid bertanya : “Bukankah wajahnya begitu bersih laksana wajah orang yang sangat ikhlas. Pakaiannya bersih serba putih melambangkan keikhlasan hatinya. Bukankah dia itu orang yang bertaqwa.”

Nabi Daud menjawab : “Taqwa itu tidak dilihat daripada rupa dan wajah seseorang, juga tidak dilihat daripada pakaian seseorang.”

“Tuhan hanya melihat hati manusia dan menilai dari amal perbuatannya.”

“Adakah amal perbuatan dan sikapnya sehari-hari sesuai dengan hokum syariat dan akhlak. Manusia itu tidak dihargai daripada kulitnya, melainkan dinilai daripada isi dan mutu kemanusiaannya yang diukur dengan pelaksanaannya terhadap hukum dan akhlak agama.”

Cara Penjagaan Kesihatan Rasulullah

Rasulullah bersabda :

"Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar senantiasa sihat seperti Rasulullah? Ikuti cara berikut :

SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunah dan solat Fardhu, solat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :

  • Berlimpah pahala dari Allah
  • Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesihatan/ terapi penyakit TB
  • Memperkuat akal fikiran dan menyihatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu senantiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul :

"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dgn adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan

GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya.

Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori2 terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring

- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon

- Segeralah berwudhu

- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga kestabilan hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...