Salam Pertemuan

Hidup segan, mati takmau!

Sape segan nak hidup tu? mati takmau plak? BLOG NI ke?
yes, this blog.. I want to remove this blog permanently but sometimes, I feel that I should not close it. Why? Maybe I should write somethings that may benefit others, right? hurm.. ok.. stop writing.. I'll think later.. jangan marah ye dengan pembuka semula blog macam ni aje.. blog ni yang orang tak penah baca kot sebab I tukar something that orang lain ingat I dah removed this blog.. biarkan..coretan ni untuk diri sendiri yang tengah bosan memikirkan sesuatu yang takmau difikirkan.. wonder what? nothing~ babai ^^

Special untuk MAMA

Assalamualaikum.. sekian sekian sekian lama tidak berblogging di sini, tiada alasan yang sangat solid untuk dikatakan di sini mengapa menyepi.. I will stop 'bangauing' now... 


Kalian mungkin terkejut tiba-tiba aku muncul untuk menyambung semula coretanku di sini.. Tapi, semua ini disebabkan pada hari ini, 3 OGOS  hari yang paling bermakna buatku.. Aku ASMA AFIFAH (NAMA DAN YANG BERMARUAH, YANG BERBUDI BAHASA, YANG BERMARTABAT TINGGI) yang telah tercatat namaku di Luh Mahfuz telah dilahirkan di dunia kerana seorang manusia yang sangat mulia, dan bermakna disisiku.. Kerananya, aku mampu menaip, menulis, mengeja, membaca di sini.. Itu adalah antara perkara yang paling kecil yang aku mampu buat kerana dirinya.. Kerananya juga aku mengenal Allah, mengenal Penciptaku yang lebih Agung.. Mengenal dan berjalan di atas dunia yang penuh pancaroba ini tanpa terumbang-ambing dan tergelincir kerana didikan dan tarbiyah darinya..

MAK... Panggilan manjaku buat dirinya..
kadang2,pernah gak panggil ma, mama, umi.. pulun ckit, ckit je ~  :-)


Mak.. selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 49... dah hampir separuh abad mak di dunia ni.. dan hampir 5 dekad juga mak menahan celoteh anak-anak mak.. terutamanya ciq, gelaran diri untuk mak ayah dan family.. orang kedah, biaselah..   antara yang agak  malas, sensitif, kadang-kadang menyusahkan mak, keras kepala, xnak sebut dah..terlalu banyak keburukanku kepada makku selama ni..


MAK.. MINTA MAAF SANGAT2, BANYAK2, DARI CIQ LAHIR SAMPAI HARI NI SAMPAI CIQ DAH XDE NANTI.



Mak, sempena ulangtahun mak pada hari ni.. ciq nak ucapkan semoga mak sentiasa sihat, dilindungi Allah, diberi kesabaran, kekuatan, dan dipanjangkan umur dalam kebaikan serta rahmat Allah.. dimurahkan rezeki.. 


Mak, kalau banyak sangat kain nak dijahit tu.. mak jangan tension tau.. sebab Allah suka orang yang penyabar.

 Lagi pulak ada hadis dari Nabi dengan sabdanya kepada anaknya Fatimah.
.“Anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anak akan masuk syurga dan akan diberi Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dipakai suami hasil kerjanya.”

Xpe mak.. dari situ gak, mak xkan lalai dari mengingati Allah.. sebab mak boleh berzikir, mendengar AlQuran, dan nasyid ka.. memang banyak kan kelebihannya..

Menjahit memang memenatkan,penat mata sebab fokus, lenguh badan sebab duduk je atas kerusi berjam-jam, sakit kepala lagi kalau ada  tersalah x jadi ke kat mana2 bahagian.. tapi, sebab tu ganjarannya tinggi .. 


kami semua plak semua boleh pakai baju yang mak buat.. kawan2 pernah tanya, cantiknya baju kak asma.. beli ke? saya jawab "eh, xlah.. mak buat.. kebanyakkan semua baju semua mak buat.."

ha, bangga kan.. Jahitan yang penuh kasih sayang oleh mak tersayang.. sape x bangga kan.. hehe


hurm.. ok lah mak.. sampai sini saja ciq nak tulis.. walaupun banyak lagi kata-kata penghargaan dan luahan dari seorang anak untuk mak yang dinukilkan di sini... but, you know me well enough kan,mak..?


Yang terakhir, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat beribadah kerana Allah.. Moga bulan Ramadhan kali ini akan membuatkan mak lebih kuat, dan sihat..

CIQ SAYANG MAK SANGAT2.. :-)  I <3 YOU MAMA...




Bila Dia Tahu Yang Terbaik

Kita hanya mampu pasrah atas ketentuan dan ketetapan dariNya..
Begitulah setiap segala yang terjadi di dunia ini.. setiap orang pasti merancang..Allah juga merancang, tapi Allah lah sebaik-baik perancang dan penentu takdir kita.

Dulu, dia sentiasa bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Menjadi seorang pakar bedah. tapi, dia tahu kemampuan dia. Dia pernah merasakan tidak akan tercapai semua itu. Namun, Allah telah memilih dia untuk mendapat apa yang hampir dengan impian dia itu.. Sains kesihatan...Ia juga ada turut berkaitan dengan kesihatan,perubatan atau sains yang  dia sangat meminatinya.. Dia berusaha sedaya upaya  mencapai cita2 dia itu..Ia juga merupakan harapan dari mak dan ayah dia...
Salah satu pilihan dia

Dia agak suka optometrist


Setelah belajar dan terus belajar dengan agak lama agar dapat beroleh cita-citanya... bangun jatuhnya, sedih gembiranya dia telah rasai sepanjang permbelajarannya dalam kos itu. Jatuh sekali, bangun..jatuh lagi bangun..biarpun sudah dalam lubang yang tempatnya jatuh..dia tetap cuba untuk bangun.. Akhirnya, dia tidak dapat bangun dan keluar dari lubang itu lagi...

Dia cuba menggali lubang itu untuk mencari jalan keluar..hanya  itu yang dia mampu lakukan..Jika dia hendak keluar, sudah terlalu dalam lubang itu. Sudah gelap lubang itu.. Akhirnya, lama menggali..timbul satu cahaya harapan setelah dia terjumpa jalan keluar yang telah diberikan oleh pemilik lubang itu. Pemilik lubang iu membuka laluan untuknya agar beliau dapat keluar dari lubang itu untuk meneruskan pembelajarannya.

Bezanya kali ini...lubangnya yang dahulu telah ditutup buat selama-lamanya. Dia sudah tidak mampu untuk jatuh dalam lubang itu lagi.. Akhirnya, sinar harapan masih ada buatnya. Tempat yag lain yang tidak berlubang. Rata sahaja.. Cuma tempat itu amat jauh dari lubang yang dahulu.

Allah, dia amat sedih sekali kerana lubang itu terpaksa ditutup. Dia tidak akan berada di lubang itu lagi setelah jatuh bangunnya membuatkan dia tidak dapat bangun lagi dari lubang itu.. Dia telah memohon peluang yang lain yag beliau hanya sekadar meminati.. Itu bukan cita-citanya..Itu hanya minatnya..

Sains kemanusiaan... mampukah dia meneruskan perjalanan yang baru yang tidak pernah dijangkakan akan terjadi dalam hidupnya.. Apa yang dia mampu lakukan setakat ini hanyalah berdoa supaya dimudahkan segala  urusannya. Dimudahkan pengajiannya,diberikan kejayaan yang lebih cemerlang buatnya..Dia juga tahu, usahanya selama ini tidak akan sia-sia jika jalan yag baru itu dapat ditempuh dan dilalui dengan lebih baik. Biarpun perjalanan itu sukar dan jauh..Namun, Allah akan tetap sentiasa menolong untuk dia mencapai kejayaannya sebagai jalan ke akhirat..

Dia minat sahaja..tetapi tidak pernah bercita-cita.. Adakah minatnya akan dapat menjadi satu cita-cita?? Semestinya, kerana itulah hakikatnya.. Cita-citanya dahulu kini menjadi satu pengalaman bermakna buat dia.



Antara satu bidang pilihan yang akan diambil

Dia turut meminati bidang politik



Ya Allah.. Bantulah dia kerana dia sudah tidak berdaya lagi untuk menempuh segala kesusahan dan cabaran itu.. Namun, seandainya itulah tetapan yag terbaik untuk dia demi mencapai redhaMu...Dia pasrah dan berserah.. Kuatkanlah hati dia Ya Qawi!! Dia etap bersyukur atas jalan yang ditetapkan olehMu kerana dia tahu bahawa Kau tahu yang terbaik untuk dia... Alhamdulillah

Bertahan...Bertahan

Berdoa, berdoa dan teruskanlah berdoa. 
Hanya itu yang kita mampu tolong umat Islam di Mesir teutamanya. 
Wahai rakyat Mesir sekalian, Allah pasti akan membantu kalian semua. 
Allah pasti akan memakbulkan doa kalian semua. 
Doa orang-orang yang dizalimi adalah antara doa yang akan termakbul.
 Teruskan perjuangan di sana.
Biarpun syahid, itu adalah hadiah termulia. 
Teruskan perjuangan hingga ke titisan darah yang terakhir.
Biarpun kalian gugur, gugurnya kalian.. 
Kerana Allah. 
Kerana Islam..
Kerana umat Islam. 
Semoga pengorbanan itu akan membangkitkan dan terus menguatkan umat Islam di dunia ini.

(Agak risau dengan keadaan abang dan sahabat2 di sana,moga semuanya baik2 sahaja.)


Oh kerajaan Malaysia, tolonglah bawa semua pelajar di sana pulang dengan segera. Jika sesuatu berlaku terhadap mereka, mungkin di Malaysia ini akan turut menjadi seperti Mesir sekarang. Bertindak sebelum terlambat!!

AYUH BERSAMA

Himpunan Selamatkan Pelajar Malaysia di Mesir.

Tarikh : 2 Februari 2011 (Rabu)
Masa : 2.00 Petang
Tempat : Wisma Putra (Wisma Putra 2 Jalan Wisma Putra, 62602 Putrajaya)
Anjuran : Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Ayuh kita berhimpun bagi mendesak pihak yang bertanggungjawab supaya membawa pulang pelajar Malaysia yang kini masih berada di Mesir.

.: Keselamatan Mereka Tanggungjawab Kita :.

Aku tak pernah menduga

Alhamdulillah...hari ini, aku masih punya mata untuk melihat..masih punya telinga untuk mendengar, masih punya tangan untuk menaip(klu xde, susahla nak update kan?,ade tangan pun x terupdate..tambah2 xde tangan...nauzubillah,tp klu Allah berkehendakkan sebegitu, redha dan teruskan usaha sedaya mampu, ok?? ^^) DAN yang paling penting sekali masih punya nyawa untuk bernafas..Alhamdulillah..syukur ya Allah..terima kasih atas nikmat sebegini.

Baru tadi, aku membaca surat khabar.. Alangkah sedihnya hati ini melihat keadaan  seorang remaja yang terkena renjatan elektrik.. anda semua ada membaca?? lihatlah... bagaimana perasaan seorang anak muda yang tidak pernah menduga bahawa beliau akan tertimpa nasib sebegitu. Mungkin dalam hatinya terdetik dan teringat tentang kehidupannya dahulu.. Yang baik dan sihat tubuh badannya.. tetapi, kali ini..beliau berkemungkinan akan dipotong tangannya kerana tangan itu telah mati. Bagaimana sanggup untuk beliau berpisah dengan tangannya yang sentiasa bersama dimana sahaja setiap masa.. Allah, tidak dapat membayangkan perasaan beliau. Kakaknya mengharapkan bantuan semua. Memerlukan bimbingan kaunseling untuk menguatkan hati menerima kenyataan itu.. Berita tersebut boleh dilihat di sini. LINK Ya Allah, moga remaja tadi dan keluarganya bersabar dengan apa yang berlaku.. Begitu juga kepada semua saudara2 yang lain..

Oleh itu, wahai pembaca budiman sekalian..kita semua harus beringat..segala nikmat yang Allah beri ini..bila2 masa akan ditarik..tidak kira nikmat yang bagaimana..Nikmat hidup akan ditarik apabila kita mati.. nikmat tangan akan ditarik apabila kita menjadi kudung.. nikmat mata akan ditarik apabila menjadi buta..
Ingatlah..diri kita didunia hanyalah daripada Allah..Allah akan mengambil semula bila2 masa dengan kehendakNYA..Biarpun itu semua berkemungkinan akan ditarik oleh Allah semula.. kita janganlah mudah berputus asa.berputus harap.. sesungguhnya, itu semua adalah ujian daripada Allah.. Itu semua adalah tarbiyah daripada Allah.. Itu semua adalah kifarat daripada Allah.. Moga2 kita sentiasa bersyukur dan redha dengan apa yang terjadi dan mungkin terjadi..

P/s Berdoalah agar diberikan badan yang sihat untuk terus beribadah dengan Allah dengan sebaik mungkin..
Ya Allah, sihatkanlah kami.. sihatkanlah agama kami, sihatkanlah iman kami, sihatkanlah pegangan tauhid kami, sihatkanlah jiwa kami..sihatkanlah jasad kami dan seluruh muslimin muslimat yang masih hidup serta yang telah meninggal dunia...

kisah hidup seorang guru BM



Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


Sekadar selingan :)

Oh..Macam tu Rasa Dia( Rasa apakah?) ^^







Seronoknyer..faham:)
AlhamdulillahiAllahuakbar...
Syukur..syukur kepada Allah. Baru kini saya dapat merasakan bagaimana rasanya hidup sebagai seorang pelajar di Uia. Mungkin sahabat2 semua tertanya-tanya kenapa setelah beberapa lama saya di sini, baru sekarang saya dapat merasakan diri sebagai seorang pelajar. Herm... sebab saya rasa lapang sekali :-) Lapang daripada segala benda yang yang selama ini agak merunsingkan dan meyibukkan saya..Lagi tertanya-tanya kan? Ok.. Ingin saya katakan disini. segala yang saya kongsikan, tiada niat sedikitpun untuk riak,bangga atau apa2 yang mungkin akan terlintas difikiran sesiapa yang membaca entri saya ini..Saya sekadar ingin berkongsi bagaimana kehidupan saya yang saya ingin maksudkan sebenarnya..


Dulu, saya sering berkejar ke sana..ke sini. Sampaikan ada kawan-kawan saya tak sempat nak menegur. Hanya ini yang sempat disembangkan.. Amboi asma..sibuknye dia. Saya hanya mampu tersenyum mengatakan ,eh,,taklah..(walaupun hati..herm..)Agak penat kerana kadang-kadang saya terlalu sibuk untuk menyiapkan tugas atau amanah kedua selain belajar..Amanah yang saya maksudkan adalah apabila saya memegang apa-jawatan tidak kira tinggi atau rendah di dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Dan kerana itu adalah amanah,kita tetap kena jalankan dengan sebaik mungkin. Memang penat itu penat..namun, kita kena ingat moga penat kita itu tidak sia-sia kerana selagi kita buat kerana Allah.Selagi itulah usaha kita dinilai olehNya.InsyaAllah...Banyak yang telah saya ketahui baik buruknya sewaktu saya berpersatuan. Bukan burukdari persatuan itu. Persatuan itu sangat baik.. Tetapi, buruknya atau salahnya adalah orang yang berpersatuan itu sendiri. Apakah kesalahan-kesalahan atau kelemahan-kelemahan itu, mungkin sahabat semua boleh mencari sendiri.. <>_<>


Ok..Kalau dulu, bangun pagi agak berat kerana malamnya tidur agak lewat. Perkara biasa bagi mereka-mereka yang pernah berjaga malam. Selalunya, lewat pulang dari meeting. Paling lewat pernah habis meeting pukul 2 pagi..Paling awal,dalam pukul 11.30 malam. tapi, selalunya habis meeting pukul 12 lebih.. Lepas tu, pagar mahallah atau pagar asrama tutup.. Kena naik arah tangga yang lain.Tapi, tak lah jauh sangat.. Cuma lebih jauh sikit daripada laluan yang selalunya digunakan. Balik je bilik, kena sambung study. Atleast, baca untuk esok pny subjek. Itupun kalau mata masih mengizinkan.. Tetapi, bila penat menyerang, migrain pula masuk campur dengan penat.. Alamatnya, ke katillah tempat yang dituju. Bangun pagi, pergi kelas dalam keaadan yang tidak begitu segar dan gembira kerana masih terasa kekosongan ilmu yang patut difahamkan sebelum masuk ke kelas.. Pernah terlintas di fikiran saya..Penatnya, tak seronok belajar.. tak faham,mengantuk. Antara alasan-alasan atau keluhan yang pernah saya alami. Habis kelas terasa ingin terus balik ke bilik kerana masih terasa sisa-sisa kepenatan sewaktu di kelas, ataupun sewaktu menyambung tugas lain. Ada juga jadual kosong yang saya ada terpaksa dihabiskan di pejabat persatuan. Kerana masih ada yang membuntukan pertolongan. kalau kawan-kawan lain..Lepas kelas, terus ke library.Ataupun terus kebilik study untuk kelas berikutnya.. Namun bagi saya, perlu selesai tugas yang belum selesai tersebut..

Namun, Alhamdulillah.. dulu lain, sekarang lain.. Perbezaan yang agak ketara apabila saya melepaskan jawatan yang sepatutnya saya perlu pegang lagi. Terpaksa melepaskan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Semua itu adalah zaman kesibukan saya.. Semua orang pernah merasakannya. Mungkin, ada juga yang tidak pernah merasakannya.Saya dapat merasakan bahagianya belajar kerana saya telah dapat menggunakan masa itu dengan baik. Baru saya mengalaminya.. Study cukup2..Tidur cukup2.. Makan cukup2.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. terasa tenang sekali.. Lebih tenang jika kita tidak melupakan Allah dalam apa jua yang kita lakukan..


Allah..sakit kepala, tak faham.. mengantuk~~

Biarpun kita semua sama tempoh masa yang diberikan iaitu, setiap seorang ada 24 jam sehari.. Kemana detik-detik emas yang disia-siakan.. Semua itu terletak pada diri sendiri.  Biarpun dia berjawatan.. Biarpun dia tidak berjawatan.. Tidak cukup masa itu tidak harus dijadikan sebagai alasan.. Apa yang penting bagi mereka-mereka yang masih memegang apa-apa jawatan.. Teruskan usaha murni anda itu..Teruskan dengan tidak mengenal erti susah penat.. Tanpa mengeluh. Tanpa membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak penting sekalipun bagi anda.. Andai mereka berlari ke perpustakaan,kita juga harus berlari ke sana.. Andai mereka segar didalam kelas.. Kita juga harus segar dan aktif di dalam kelas.. Walaubagaimanapun caranya, kita kena lebih laju.. Lebih kuat dari segi mental dan fizikal terutamanya. Semua yang penting adalah fokus terhadap setiap satu pekerjaan. Selesaikan satu persatu. Jika terasa begitu banyak kerja, senaraikan terlebih dahulu.Mungkin, hanya satu dua sahaja yang sangat berat. Yang mudah dan sedikit itu, sempurnakan terlebih dahulu untuk merasakan diri terlalu banyak kerja. 


Akhir sekali,pesanan buat semua sahabat-sahabat.. Jangan kita melakukannya kerana manusia. Akhirnya nanti, manusia itu yang akan kita persalahkan. Kemungkinan yang ada. Oleh itu,lakukannya jika kita mampu. Jika tidak mampu, berilah kepada orang lain. Jika merasakan kita lebih layak dari orang lain, cubalah untuk menerima dan melakukan sebaik mungkin. Dan, jangan pula dilepaskan kepada sesiapa yang tidak layak..Takut, kita pula akan menjadi mangsa keadaan atas kejahilan atau kekurangan orang lain tersebut.Contoh, jangan bagi bunga untuk sang kera..Ataupun,jika masjid diberikan kepada seseorang yang jahil pada agama. Maka, apa akan terjadi pada masjid itu dan aktiviti masjid itu.. Adakah, mungkin menjadi disko ataupun menjadi masjid yang sebenar-benarnya masjid. Moga para pembaca dan sahabat-sahabat sekelian dapat membayangkan mengapa saya nyatakan jangan lepaskan apa yang patut dan wajib dipegang. 



Sesungguhnya, masa itu umpama pedang. Jika  kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...