freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

kisah hidup seorang guru BM



Murid-murid: Selamat pagi, cikgu.
Cikgu: (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat ke?
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: Pandai!
Murid-murid: Bodoh!
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: Rendah!
Cikgu: Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu: Keadilan!
Murid-murid: UMNO!
Cikgu: Salah!
Murid-murid: Betul!
Cikgu: Bodoh!
Murid-murid: Pandai!
Cikgu: Bukan!
Murid-murid: Ya!
Cikgu: Oh Tuhan!
Murid-murid: Oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini!
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu: Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: Mati aku!
Murid-murid: Hidup kami!
Cikgu: Rotan baru tau!
Murid-murid: Akar lama tak tau!
Cikgu: Malas aku ajar kamu!
Murid-murid: Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu: Kamu gila!
Murid-murid: Kami siuman!
Cikgu: Cukup! Cukup!
Murid-murid: Kurang! Kurang!
Cikgu: Sudah! Sudah!
Murid-murid: Belum! Belum!
Cikgu: Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid-murid: Kenapa kami pandai sangat?
Cikgu: Oh! Melawan!
Murid-murid: Oh! Mengalah!
Cikgu: Kurang ajar!
Murid-murid: Cukup ajar!
Cikgu: Habis aku!
Murid-murid: Kekal kami!
Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: Sudah, bodoh!
Murid-murid: Belum, pandai!
Cikgu: Berdiri!
Murid-murid: Duduk!
Cikgu: Saya kata UMNO salah!
Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul!
Cikgu: Bangang kamu ni!
Murid-murid: Cerdik kami tu!
Cikgu: Rosak!
Murid-murid: Baik!
Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini!
Murid-murid: Kami semua dilepaskan tengah malam itu!
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)


Sekadar selingan :)

Oh..Macam tu Rasa Dia( Rasa apakah?) ^^







Seronoknyer..faham:)
AlhamdulillahiAllahuakbar...
Syukur..syukur kepada Allah. Baru kini saya dapat merasakan bagaimana rasanya hidup sebagai seorang pelajar di Uia. Mungkin sahabat2 semua tertanya-tanya kenapa setelah beberapa lama saya di sini, baru sekarang saya dapat merasakan diri sebagai seorang pelajar. Herm... sebab saya rasa lapang sekali :-) Lapang daripada segala benda yang yang selama ini agak merunsingkan dan meyibukkan saya..Lagi tertanya-tanya kan? Ok.. Ingin saya katakan disini. segala yang saya kongsikan, tiada niat sedikitpun untuk riak,bangga atau apa2 yang mungkin akan terlintas difikiran sesiapa yang membaca entri saya ini..Saya sekadar ingin berkongsi bagaimana kehidupan saya yang saya ingin maksudkan sebenarnya..


Dulu, saya sering berkejar ke sana..ke sini. Sampaikan ada kawan-kawan saya tak sempat nak menegur. Hanya ini yang sempat disembangkan.. Amboi asma..sibuknye dia. Saya hanya mampu tersenyum mengatakan ,eh,,taklah..(walaupun hati..herm..)Agak penat kerana kadang-kadang saya terlalu sibuk untuk menyiapkan tugas atau amanah kedua selain belajar..Amanah yang saya maksudkan adalah apabila saya memegang apa-jawatan tidak kira tinggi atau rendah di dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Dan kerana itu adalah amanah,kita tetap kena jalankan dengan sebaik mungkin. Memang penat itu penat..namun, kita kena ingat moga penat kita itu tidak sia-sia kerana selagi kita buat kerana Allah.Selagi itulah usaha kita dinilai olehNya.InsyaAllah...Banyak yang telah saya ketahui baik buruknya sewaktu saya berpersatuan. Bukan burukdari persatuan itu. Persatuan itu sangat baik.. Tetapi, buruknya atau salahnya adalah orang yang berpersatuan itu sendiri. Apakah kesalahan-kesalahan atau kelemahan-kelemahan itu, mungkin sahabat semua boleh mencari sendiri.. <>_<>


Ok..Kalau dulu, bangun pagi agak berat kerana malamnya tidur agak lewat. Perkara biasa bagi mereka-mereka yang pernah berjaga malam. Selalunya, lewat pulang dari meeting. Paling lewat pernah habis meeting pukul 2 pagi..Paling awal,dalam pukul 11.30 malam. tapi, selalunya habis meeting pukul 12 lebih.. Lepas tu, pagar mahallah atau pagar asrama tutup.. Kena naik arah tangga yang lain.Tapi, tak lah jauh sangat.. Cuma lebih jauh sikit daripada laluan yang selalunya digunakan. Balik je bilik, kena sambung study. Atleast, baca untuk esok pny subjek. Itupun kalau mata masih mengizinkan.. Tetapi, bila penat menyerang, migrain pula masuk campur dengan penat.. Alamatnya, ke katillah tempat yang dituju. Bangun pagi, pergi kelas dalam keaadan yang tidak begitu segar dan gembira kerana masih terasa kekosongan ilmu yang patut difahamkan sebelum masuk ke kelas.. Pernah terlintas di fikiran saya..Penatnya, tak seronok belajar.. tak faham,mengantuk. Antara alasan-alasan atau keluhan yang pernah saya alami. Habis kelas terasa ingin terus balik ke bilik kerana masih terasa sisa-sisa kepenatan sewaktu di kelas, ataupun sewaktu menyambung tugas lain. Ada juga jadual kosong yang saya ada terpaksa dihabiskan di pejabat persatuan. Kerana masih ada yang membuntukan pertolongan. kalau kawan-kawan lain..Lepas kelas, terus ke library.Ataupun terus kebilik study untuk kelas berikutnya.. Namun bagi saya, perlu selesai tugas yang belum selesai tersebut..

Namun, Alhamdulillah.. dulu lain, sekarang lain.. Perbezaan yang agak ketara apabila saya melepaskan jawatan yang sepatutnya saya perlu pegang lagi. Terpaksa melepaskan atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat dielakkan. Semua itu adalah zaman kesibukan saya.. Semua orang pernah merasakannya. Mungkin, ada juga yang tidak pernah merasakannya.Saya dapat merasakan bahagianya belajar kerana saya telah dapat menggunakan masa itu dengan baik. Baru saya mengalaminya.. Study cukup2..Tidur cukup2.. Makan cukup2.. Alhamdulillah..Alhamdulillah.. terasa tenang sekali.. Lebih tenang jika kita tidak melupakan Allah dalam apa jua yang kita lakukan..


Allah..sakit kepala, tak faham.. mengantuk~~

Biarpun kita semua sama tempoh masa yang diberikan iaitu, setiap seorang ada 24 jam sehari.. Kemana detik-detik emas yang disia-siakan.. Semua itu terletak pada diri sendiri.  Biarpun dia berjawatan.. Biarpun dia tidak berjawatan.. Tidak cukup masa itu tidak harus dijadikan sebagai alasan.. Apa yang penting bagi mereka-mereka yang masih memegang apa-apa jawatan.. Teruskan usaha murni anda itu..Teruskan dengan tidak mengenal erti susah penat.. Tanpa mengeluh. Tanpa membuang masa membuat perkara-perkara yang tidak penting sekalipun bagi anda.. Andai mereka berlari ke perpustakaan,kita juga harus berlari ke sana.. Andai mereka segar didalam kelas.. Kita juga harus segar dan aktif di dalam kelas.. Walaubagaimanapun caranya, kita kena lebih laju.. Lebih kuat dari segi mental dan fizikal terutamanya. Semua yang penting adalah fokus terhadap setiap satu pekerjaan. Selesaikan satu persatu. Jika terasa begitu banyak kerja, senaraikan terlebih dahulu.Mungkin, hanya satu dua sahaja yang sangat berat. Yang mudah dan sedikit itu, sempurnakan terlebih dahulu untuk merasakan diri terlalu banyak kerja. 


Akhir sekali,pesanan buat semua sahabat-sahabat.. Jangan kita melakukannya kerana manusia. Akhirnya nanti, manusia itu yang akan kita persalahkan. Kemungkinan yang ada. Oleh itu,lakukannya jika kita mampu. Jika tidak mampu, berilah kepada orang lain. Jika merasakan kita lebih layak dari orang lain, cubalah untuk menerima dan melakukan sebaik mungkin. Dan, jangan pula dilepaskan kepada sesiapa yang tidak layak..Takut, kita pula akan menjadi mangsa keadaan atas kejahilan atau kekurangan orang lain tersebut.Contoh, jangan bagi bunga untuk sang kera..Ataupun,jika masjid diberikan kepada seseorang yang jahil pada agama. Maka, apa akan terjadi pada masjid itu dan aktiviti masjid itu.. Adakah, mungkin menjadi disko ataupun menjadi masjid yang sebenar-benarnya masjid. Moga para pembaca dan sahabat-sahabat sekelian dapat membayangkan mengapa saya nyatakan jangan lepaskan apa yang patut dan wajib dipegang. 



Sesungguhnya, masa itu umpama pedang. Jika  kita tidak memotongnya, maka ia akan memotong kita. 

Gagal>>Berjaya




Tuannya dah sampai seru^^ Birthday Si Dia



Assalamualaikum~~~~
akhirnya,hati ini tertaut di sini untuk mengupdate blog yang dah disinggah oleh labah2 yang baik...(mencorakkan blog saya dengan sawang-sawangnya)

Alhamdulillah..hari ini, saya tetiba ingin mecoretkan tentang adik saya...
maaf,sekadar kata-kata yang ingin disampaikan buat pembaca terutamanya, adik saya..

Baru2 ini,3 OKTOBER 2010 merupakan hari ulangtahun kelahiran baginya yang ke16..Adik Mohamad Akmal Wajdi..Anak ke 6 daripada 7 adik beradik..adik lelaki saya yg ke2..
Matanya agak sepet,kan? hehe..mukanya,iras2 wajah ayah kepada ayah saya..iaitu,arwah 'tokwan' Said..waktu kecil2 sangat comel..mcm anak orang cina la katakan,...but, we r not chinese(ana pun terdikatakan seperti berketurunan cina,huhu)

Ingin bercakap mengenainya, seorang yang kelakar..tetapi, kadang2 agak 'serius' bila tidak puas hati atas sesuatu..i mean, agak menakutkanla~~(kakak pun kadang2 boleh juga takut dengan adik,hehe) Apa yang saya baru kini sedar.. adik-beradik lelaki, sometimes tegas,sometimes nakal,sometimes lazy,..tetapi, bila di buat seperti kawan..kita akan terasa bahawa keakraban itu yang membuatkan kita lebih tahu dirinya yang sebenar..kerana hati kita lebih dekat,terasa bahagia memiliki seorang adik..Dulu, mungkin banyak bergaduh..selalunya,akan trjadi semasa beliau ataupun adik2 lain bermain game..tiba2,mendapat perintah untuk berhenti sebentar...

Kakak: Mal...Mal...tolong kakak sat..pi kedai beli ubi...
Akmal: Ala...suruh la amir(abangnya,my 1st youn
g bro) dia x buat pa pun...
Kakak: La, mal tu bukan buat pa pun..main game ja dari tadi..pi la sat.satgi kak pi tutup ha..xleh main langsung kot..
Amir: Ha....pi la beli.kakak suruh mal..bukan abg...mai abg main plak..
Akmal: Isyh!! pi la..malas ciq. orang baru main ja..kak ni pun..pulun sangat eyh..
Kakak:(datang terus menutup komputer)
Akmal:woi!! bla3.......
(itulah, emosi selalu akan terjadi sehingga kadang2 terlupa bahawa hormat dgn yg dewasa perlu..bukan dengan kakak or abang ja..especially..mak ayah)

dan seterusnya..selalu akan terjadi pergaduhan besar di situ sampai kadang2 boleh menimbulkan dendam dalam diri..We all must know that..in this age..antara umur 15-18..jiwa seseorang remaja itu akan memberontak apabila berlaku pertelingkahan antara satu dengan yang lain..mungkin, pernah bertekad...mau merajuk..mau larikan diri..ataupun,tidak mahu bercakap apapun dengan orang yang didendami tadi..mungkin juga,tidak mahu ketemu langsung dengannya...

Apapun jua..kita harus mengelakkan semua itu terjadi..

ok..cuba kita ajak macam ni..

Kakak: Mal...Mal...tolong kak sat.pi beli ubi..satgi, Mal boleh makan ubi banyak2..Mal kan suka ubi..x cukup lagi ni..
Akmal: Ala..malas la..pi la suruh adik..(adik bongsu)ciq nak main game ni..
Kakak: ok2...Sat ja..boleh pause kan??pastu,sambung la balik..kakak x tutup..
Akmal: betol??jangan bagi yang lain main..satgi,malas dah tolong..
Kakak: Betol..kak tunggu sini..jaga komputer..xyah bagi 'depa' main..
Akmal: ok:-)

Ha...kan sudah senang...kita kadang2 perlu mngikut rentak dyorang..contoh,bila dyorang terlalu kusyuk main game..jangan terus ditutup komputer itu..
bagi harapan sikit dan kepercayaan kepada diorang..
ok punya...i have try it..selalunya, diorang angin waktu tengah main game r..sebab tu saya memperbayangkan lakonan mengenai PLAYING GAMES.

Kadang-kadang..nak minta tolong sikit pun susah...kalau adik tu kecik lagi..boleh kasi upah sikit..
ha..baru teringat kata2 dari sahabat saya..begini kata2nya..

(first step at all, let he know the Creator. and everything is easy. insya allah)

ape yang nak disampaikan disitu adalah...didik dengan sebaiknya supaya mereka kenal Allah..tahu apa itu dosa,pahala,syurga,neraka..bagaimana mahu mendapatkan pahala dan syurga itu..serta setiap sesuatu ada ganjaran yang lebh baik..iaitu,pahala..

Apabila hati mereka lembut, suci dengan cahaya keimanan terhadap Allah..InsyaAllah..segalanya akan mudah dilakukan..Tapi ingat..kita tidak patut mengambil kesempatan ke atas kepatuhan mereka melakukan sesuatu dengan taat tanpa mengeluh dan sukarela..

Akhir sekali..sentiasalah bersembang dengan adik2 kita tidak kira apa pun topiknya.asalkan,komunikasi antara adik beradik itu berlaku untuk memantapkan lagi ukhwah antara kita..


tengok..rajin kan dia??hehe..that's my bro..

Kepada adikku,Akmal...Happy Birthday~~May Allah bless u..

Terima kasih kerana menjadi adik yang baik..yang selalu menggembirakan hati kita sekeluarga..Ketawamu itu penyeri dunia...Amarahmu itu, menggentarkan jiwa...Kebaikanmu dan pertolonganmu itu tidak sia-sia..Hanya Allah saja yang layak membalasnya...

Semoga dirimu terus menjadi insan bertakwa..takutkan Allah..Sayangkan Allah..Cintakan Rasul..ibu ayah dan keluarga...InsyaAllah..

(terbuat janji nak belikan kek coklat~~harap2 tertunai~!~huhu)

Lawatan Istimewa dari .....



Labah2 A: Halo~~halo~~..ada penghuni x blog ni??

Labah2 B:ntah, mcm xde..dlu kita datang cni, tulisan2 ni mcam same je...x berubah pun. Cuma pelawat je bertambah..

Labah2 A: Em..biasela kan..tuan punya blog ni sebuk sgt kot sampai xmau tukar tambah cerita2 baru ke..huhu.

Labah2 A:ntahla..memang patut pun kita lalu di blog ni kejap.cari port siap2..antara calon2 blog yang akan bersawang tak lama lagi..

..kalau makin2 lama dy x update gak..kita buat kampung trus..boleh r kita ajak kawan2 lain gak..sape suruh dy x update..kan2? Huhu..

SAYA: Oit...labah2, ketepi2..pergi jauh,mengumpat orang ye? Suka hati r orang nak update ke x..ish!!

Labah2 A: Eleh, berlagak pulak..orang lain sume update selalu..sibuk mcmana pun, dy mesti update gak.mcm ust nasrudin tu..

Labah2 B: Betul3(upon-ipin nada)

Eh,labah2 pun boleh angguk2 kepala ka? Em, xleh bayangkan pulak..huhu.

SAYA: ok2...nanti orang update la..dulu kat umah,dah nak update..tup2, adik2 datang kacau...x jadi..skrg nak smbung balik mcm dah x sesuai tajuk tu...so,tunggu idea lain pulak r...haha...jangan marah ye labah2 semua...tq sebab sudi mengumpat kat sini.lagipun baru abes exam tadi..tu yang boleh merapu cikit kat sini..hehe.


P/S Kita semua punya banyak cara untuk membantu orang lain memperbaiki diri sendiri..Atau as known as, BERDAKWAH..kita perlu cuba mengaktifkan diri dengan berblogging. Jangan sia2kan yang dah ade blog ni, gunakan idea yang menarik untuk mendekati kwan kita agar mereka dan KITA tidak lupa tujuan kita diciptakan oleh ALLAH...

Khas Untukmu Cikgu

Alangkah sejuk hati mak ayah andai sampai besar mereka
masih begini, tidak meninggalkan Al-Quran sebagai pegangan



Salam semua....maaf, entry kali ni tidak berkaitan dgn puasa atau raya.. sekadar nak berkongsi pendapat atau pandangan saya.. Khas untuk para pendidik dan bakal pendidik anak bangsa..(CIKGU) nama keramat yang tidak akan hilang apabila kita sekali mendapat gelaran itu... sesudah mati pun keramat itu tetap akan dipanggil... tetap akan digelar cikgu..

Baru sebentar tadi saya bersembang dengan seorang bakal cikgu dari IPG Perlis maybe.kawan dari FB..(tak perlu diberitahu siapa gerangannya) saya pada mulanya ingin agak tertarik dengan beliau yang kadang2 mempunyai status yang baik, atau bagus... so, setelah sekian lama, saya tiba2 bertegur dengannya..

ok, kalau bakal2 cikgu atau cikgu sekalipun sedang membaca ini..pertama sekali saya ingin mohon ampun dan maaf seandainya pendapat saya ini bertentangan dengan etika perguruan ataupun kredibiliti cikgu sebagai pendidik..

saya, hanya insan biasa yang inginkan sesuatu perubahan terhadap dunia kita pada hari ini kkhususnya Malaysia dan khususnya anak2 bangsa Malaysia...

Kepada cikgu2 dan bakal2 cikgu sekelian..

Dulu, saya tidak terlalu terdedah dengan perkara2 jenayah kerana hanya belajar di sekolah. balik 2 hari pergi semula ke sekolah.. tidak tahu apa yang berlaku di dunia sekeliling.. Namun, sekarang..mata saya agak celik dengan dunia kini.. Walaupun tidak kerap sngt..at least, ade juga saya ambil kisah dengan dunia kita..

Semua cikgu pun pasti tidak ketinggalan untuk mengetahui tentang isu2 terkini..isu semasa..contoh, yang paling hangat pada masa ini adalah berkenaan isu pembuangan bayi, isu remaja, isu jenayah yang banyak melibatkan remaja.walaupun ada juga mengenai keluarga, tapi pada masa ini. saya hanya ingin menekankan soal isu remaja dan isu pelajar sekolah..

Oleh itu, saya berharap cikgu2 semua masih tidak berganjak daripada membaca entry saya kali ini..

..saya tau setiap orang punya kehidupan yang berbeza.tapi, saya tetap teringin nak bagitau yang walaupun kehidupan kita semua beza, tapi kita tetap sama iaitu satu umat Islam..bersaudara.. n ape yang nak sy smpaikan kat sini..sy x dapat nak jadi cikgu, so sy agak mgharapkan kawan2 yang sy kenal sbgai bakal cikgu dpt memberikan tunjuk ajar yang terbaik kpd anak2 melayu Islam terutamanya..anak2 bangsa lain pun kena la gak kan..
Sanggupkah kamu melihat anak2 yang telah berjaya ini tiba2 tergelincir suatu hari nanti?

Antaranya, setiap perkataan yang dikeluarkan oleh cikgu2 pasti akan didengari dan diikuti oleh anak2 murid.. setiap kata2mu begitu berharga wahai cikgu..
so, apabila kita ingin memperkatakan sesuatu kepada anak2 pelajar, kita harus cuba kaitkan dengan nilai2 Islam seperti,

1-menasihatkan agar sentiasa berniat bahawa kita belajar kerana Allah...
2-sering mengaitkan kehidupan ini dengan penciptanya
3-cuba terapkan cerita2 dahulu atau cerita para Nabi, para sahabat sirah2 terdahulu
4-tidak lokek ilmu agama walaupun kita hanya mengajar pendidikan jasmani ataupun English..
5-tunjukkan akhlak islamiyyah kepada anak2 pelajar walaupun kita berada di luar mahupun didalam sekolah..
6-berkongsi pendapat mengenai isu2 semasa yang berkaitan dengan anak2 murid.. walaupun darjah satu ataupun tingkatan satu.. berkongsi ape yang bersesuaian..

Oklah..mungkin setakat itu saja mainpoint saya walaupun mungkin masih ada lagi idea yang belum sampai buat masa sekarang..

semua itu, contoh kita cuba yang terbaik untuk terapkan nilai2 islam dalam diri anak2 pelajar agar semuanya sempurna tidak kira akhlak dan adab mereka terhadap sesiapapun. apabila ajaran Islam itu ada pada dirinya, pasti mereka tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang dari kecil mereka telah diajar untuk tidak membuat sesuatu keburukan..

"melentur buluh biarlah dari rebungnya" kata2 ini bukan hanya patut di pegang oleh ibu bapa sahaja..namun, semua orang termasuk saya, cikgu2, kakak2, abang2..

dan kawan2 bakal cikgu yang saya hormati..
Tunjuklah teladan yang baik kepada anak2. Apabila kita sudah menjadi guru, kita sering akan dilihat dari segala aspek..dari segi pergaulan cikgu2 antara lelaki dan perempuan, dari segi ibadahnya, dari segi perangai atau attitudenya..apa yang mereka lihat pada mata mereka adalah cikgu2 semua pasti baik.. dan mereka akan hormat sebagai cikgu. mereka akan cuba untuk mengikut atau menjadikan cikgu sebagai idola diorang..tetapi, apabila cikgu pun sudah menunjukkan yang tidak baik..maka, yang mungkin akan dilihat anak2 murid itu, adalah yang baik..

ye la kan..dah jadi cikgu, bila diorang tgok cikgu boleh buat...anak2 pun boleh buat la gak la..ya..gitu la.

walaupun kita bukanlah ustaz ustazah yang mengajar pendidikan agama, tapi kita juga tidak harus hanya mengharapkan mereka sahaja untuk cuba mendidik anak2 Islam.kita juga Islam kan?? kita juga belajar agama kan??so, cubalah keluarkan atau beri juga ilmu kita sebanyak mana yang kita mampu..InsyaAllah, usaha kita itu akan dilihat oleh Allah..


So, semua orang dah dapat kan apa yang saya nak bagitau kat sini..
harap sangat2 agar anak2 murid yang korang akan ajar nanti akan menjadi seorang muslim terhebat~~Agar negara kita tidak lagi diberselerak lagi dengan bayi2 terbuang, rempit2 jalanan,perempuan2 dan lelaki2 yang berkepit-kepitan, dan segala macam pemandangan yang menyakitkan mata serta hati yang kesal dan berdosa..

Cikgu berada di sekolah...ramai sangat umat nabi di situ pada masa yang sama.satu sekolah mungkin 800 orang atau lebih..terlalu banyak itu...so, apabila semua cikgu dapat melaksanakan amanah sebagai cikgu dengan yang terbaik..maka, Insyaallah, semua akan bahagia dan bangga dengan hasil keluaran dari satu sekolah itu iaitu anak2 muslim sejati..bukan sahaja kuantiti dilihat malah, kualitinya juga..

Wallahu'alam..moga post saya ini mendapat perhatian oleh anda semua dan sahabat fb sy sebentar tadi.. Andai kata terkasar bahasa, maafkan segalanya..

P/s maaf kpd sahabat FB sy kerana mungkin membuatkan awak bosan menunggu pandangan saya sbb line internet yang kurang memuaskan..maaf ye:)

Ramadhan...Akhirnya (^-^)


Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sahabat2 semua sudah pasti telah selesai solat tarawikh berjamaah kan tadi? Tarawikh pada malam pertama sebelum kita mula berpuasa esok hari..Hari ini, telah sampai bulan Ramadhan pada diri kita..

Kita sering berdoa.. Ya Allah, sampaikanlah bulan Ramadhan ini pada diriku sebelum tibanya bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk menjejakkan kaki pada bulan Ramadhan ini..



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak pada sahabat2 semua tidak kira di Malaysia, Jordan, Korea dan Mesir dan sebagainya… Moga amalan kita ditingkatkan dengan memperbanyakkan lagi selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, memperbanyakkan zikrullah, memperbanyakkan dan menghayati bacaan Al-Quran, bacaan2 ilmiah…



Kita juga tidak harus lupa bahawa sememangnya kita sering berebut2 untuk menambah pahala buat diri kita sendiri iaitu membuat kebaikan hanya unttuk diri.. Namun, adakah kita pernah ingat kebaikan untuk orang lain juga? Kebaikan yang bagaimana? Kebaikan yang berpanjangan.. kebaikan yang bermanfaat untuk diri kita dan diri orang lain. Antaranya, membantu rakan2 seperti tolong belikan makanan kepadanya jika dia terlalu penat atau letih. Selain itu, tolong pensyarah mahu pun cikgu2 mengangkat laptop, lcd , buku2 dan sebagainya.. Almaklumlah, mungkin bagi sesiapa yang jarang berpuasa pada hari2 biasa. Dia akan terasa sedikit keletihan berbanding orang2 yang sudah biasa berpuasa sunat pada hari2 tertentu. Jangan lupa juga untuk sering mengingatkan sahabat2 kita yang mungkin agak terleka dengan masa dia. Jika hari puasanya dihabiskan dengan membaca komik, novel2 cinta ataupun mengadap laptop sentiasa.. kita sebagai sahabat serta saudara seIslam harus cuba untuk menasihatkan dan mengingatkan mereka….. Ajaklah untuk bertadarrus, ajaklah untuk ke perpustakaan, ajaklah untuk berjumpa lecturer, atau apa2 lagi yang baik untuk kita sempena dalam bulan yang mulia ini…terlalu banyak ibadah yang dapat dilakukan sehingga tidak dapat saya tuliskan di sini. Kalau ada tambahan, bolehla sahabat2 semua tambah dalam ruangan komen ataupun ruangan shoutbox di blog saya ini..



Banyak bercakap tentang kebaikan di bulan Ramadhan.. bagaimana pula dengan bulan2 yang lain??

Janganlah kita hanya menjadi ‘Baik’ hanya di bulan Ramadhan ini saja..Memang tidak dinafikan, jika tibanya bulan ini, sudah pasti semua orang baru akan mula bertindak meningkatkan ibadah, membuat banyak kebajikan dan sebagainya.. Namun, semua itu adalah kerana bulan ini terlalu banyak rahmat terhadap kita umat Allah. Kita juga tahu bahawa bulan Ramadhan dinamakan bulan ummat… Kerana apa? Kerana rahmat Allah terhadap kita terlalu banyak hanya akan dapat pada bulan ini sahaja. Bulan lain pun ada juga tetapi tidaklah sehebat atau seistimewa bulan ini..



Istimewa…LAILATULQADAR…lagi ramai nak tambahkan lagi ibadat pada 10 malam terakhir. Sebelum tu,?? Tak perlu dijawab lagi kerana anda semua sudah pasti tahu kenapa dan mengapa.. sama sahaja. Ada keistimewaan yang tersendiri..

Malam yang lebih baik dari seribu bulan…waktu saya masih kecil,saya beranggapan malam seribu bulan.. saya tidak sabar untuk menunggu Lailatul Qadr,kerana apa ya..kerana pada fikiran saya, pada malam itu akan timbullah seribu bulan..saya terbayangkan bulan2 yang sangat banyak.. MasyaAllah, itu dulu.. tunggunya kerana nak melihat bulan yang banyak.. Tapi, Alhamdulillah.. sudah tahu sekarang kenapa orang sering berebut malam2 terakhir untuk bertemu malam seribu bulan.. malam yang lagi istimewa dalam bulan Ramadhan yang sudah istimewa itu. Antara fadhilatnya adalah >>>> :~)



Pada malam itu juga turunnya Malaikat

memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat

Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang

penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) (‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.)



Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang

maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”

(al-Qadr, 1)( Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan

al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di

langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,

selama 23 tahun.)



Ada lagi sebenarnya kelebihan jika kita cuba mencari malam – malam terakhir itu untuk bertemu LailatulQadr.. Tetapi, tidak dapat saya nyatakan di sini kerana sudah terlalu panjang post saya kali ini.. Walaubagaimanapun, kita semua janganlah hanya mengharapkan orang lain sahaja untuk memberi ilmu..kita juga harus mencari.Ilmu kan perlu di cari..bukan ilmu yang mencari kita kan..



K lah…tu saja kot penulisan saya kali ini.. sahabat2 semua bolehlah melawat blog kawan2 lain yang lebih mantap penulisan dan isi kandungannya dari blog saya ini.. Saya hanya insan yang biasa yang hanya mampu melakukan dengan biasa-biasa sahaja…



Yang terakhir…

Ingin saya kongsikan sedikit petikan lagu ramadhan daripada kumpulan Raihan yang InsyaAllah sedikit sebanyak dapat meningkatkan penghayatan kita terhadap ibadah kita pada bulan Ramadhan ini..Amin..




Raihan- Mulianya Ramadhan..

Hari esok kita berpuasa Setahun sekali hanya sebulan Sempatkah kita menyempurnakan Hingga sampai ke penghujungnya Sebulan Ramadhan kita berpuasa Menahan diri dari lapar dahaga Menekan nafsu bermaharajalela Melatih diri beramal sentiasa Sepanjang Ramadhan Syaitan dalam rantaian Terbuka luas pintu kebaikan Tanda rahmat kasih sayang Tuhan Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan Solat Tarawih menjadi amalan Meriahkan lagi keberkatan malam Tadarus Al-Quran penambah seri Tenangkan hati membersihkan diri Paling istimewa di bulan Ramadhan Berlakunya malam Lailatul Qadar Turunlah malaikat meraikan semua Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita... Sebulan sudah Ramadhan bersama Tibalah syawal tanda kemenangan Sempurnakah segala amalan Adakah kita berjumpa semula Di Ramadhan yang akan datang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...