Salam Pertemuan

Khas Untukmu Cikgu

Alangkah sejuk hati mak ayah andai sampai besar mereka
masih begini, tidak meninggalkan Al-Quran sebagai pegangan



Salam semua....maaf, entry kali ni tidak berkaitan dgn puasa atau raya.. sekadar nak berkongsi pendapat atau pandangan saya.. Khas untuk para pendidik dan bakal pendidik anak bangsa..(CIKGU) nama keramat yang tidak akan hilang apabila kita sekali mendapat gelaran itu... sesudah mati pun keramat itu tetap akan dipanggil... tetap akan digelar cikgu..

Baru sebentar tadi saya bersembang dengan seorang bakal cikgu dari IPG Perlis maybe.kawan dari FB..(tak perlu diberitahu siapa gerangannya) saya pada mulanya ingin agak tertarik dengan beliau yang kadang2 mempunyai status yang baik, atau bagus... so, setelah sekian lama, saya tiba2 bertegur dengannya..

ok, kalau bakal2 cikgu atau cikgu sekalipun sedang membaca ini..pertama sekali saya ingin mohon ampun dan maaf seandainya pendapat saya ini bertentangan dengan etika perguruan ataupun kredibiliti cikgu sebagai pendidik..

saya, hanya insan biasa yang inginkan sesuatu perubahan terhadap dunia kita pada hari ini kkhususnya Malaysia dan khususnya anak2 bangsa Malaysia...

Kepada cikgu2 dan bakal2 cikgu sekelian..

Dulu, saya tidak terlalu terdedah dengan perkara2 jenayah kerana hanya belajar di sekolah. balik 2 hari pergi semula ke sekolah.. tidak tahu apa yang berlaku di dunia sekeliling.. Namun, sekarang..mata saya agak celik dengan dunia kini.. Walaupun tidak kerap sngt..at least, ade juga saya ambil kisah dengan dunia kita..

Semua cikgu pun pasti tidak ketinggalan untuk mengetahui tentang isu2 terkini..isu semasa..contoh, yang paling hangat pada masa ini adalah berkenaan isu pembuangan bayi, isu remaja, isu jenayah yang banyak melibatkan remaja.walaupun ada juga mengenai keluarga, tapi pada masa ini. saya hanya ingin menekankan soal isu remaja dan isu pelajar sekolah..

Oleh itu, saya berharap cikgu2 semua masih tidak berganjak daripada membaca entry saya kali ini..

..saya tau setiap orang punya kehidupan yang berbeza.tapi, saya tetap teringin nak bagitau yang walaupun kehidupan kita semua beza, tapi kita tetap sama iaitu satu umat Islam..bersaudara.. n ape yang nak sy smpaikan kat sini..sy x dapat nak jadi cikgu, so sy agak mgharapkan kawan2 yang sy kenal sbgai bakal cikgu dpt memberikan tunjuk ajar yang terbaik kpd anak2 melayu Islam terutamanya..anak2 bangsa lain pun kena la gak kan..
Sanggupkah kamu melihat anak2 yang telah berjaya ini tiba2 tergelincir suatu hari nanti?

Antaranya, setiap perkataan yang dikeluarkan oleh cikgu2 pasti akan didengari dan diikuti oleh anak2 murid.. setiap kata2mu begitu berharga wahai cikgu..
so, apabila kita ingin memperkatakan sesuatu kepada anak2 pelajar, kita harus cuba kaitkan dengan nilai2 Islam seperti,

1-menasihatkan agar sentiasa berniat bahawa kita belajar kerana Allah...
2-sering mengaitkan kehidupan ini dengan penciptanya
3-cuba terapkan cerita2 dahulu atau cerita para Nabi, para sahabat sirah2 terdahulu
4-tidak lokek ilmu agama walaupun kita hanya mengajar pendidikan jasmani ataupun English..
5-tunjukkan akhlak islamiyyah kepada anak2 pelajar walaupun kita berada di luar mahupun didalam sekolah..
6-berkongsi pendapat mengenai isu2 semasa yang berkaitan dengan anak2 murid.. walaupun darjah satu ataupun tingkatan satu.. berkongsi ape yang bersesuaian..

Oklah..mungkin setakat itu saja mainpoint saya walaupun mungkin masih ada lagi idea yang belum sampai buat masa sekarang..

semua itu, contoh kita cuba yang terbaik untuk terapkan nilai2 islam dalam diri anak2 pelajar agar semuanya sempurna tidak kira akhlak dan adab mereka terhadap sesiapapun. apabila ajaran Islam itu ada pada dirinya, pasti mereka tidak akan sesekali melakukan sesuatu yang dari kecil mereka telah diajar untuk tidak membuat sesuatu keburukan..

"melentur buluh biarlah dari rebungnya" kata2 ini bukan hanya patut di pegang oleh ibu bapa sahaja..namun, semua orang termasuk saya, cikgu2, kakak2, abang2..

dan kawan2 bakal cikgu yang saya hormati..
Tunjuklah teladan yang baik kepada anak2. Apabila kita sudah menjadi guru, kita sering akan dilihat dari segala aspek..dari segi pergaulan cikgu2 antara lelaki dan perempuan, dari segi ibadahnya, dari segi perangai atau attitudenya..apa yang mereka lihat pada mata mereka adalah cikgu2 semua pasti baik.. dan mereka akan hormat sebagai cikgu. mereka akan cuba untuk mengikut atau menjadikan cikgu sebagai idola diorang..tetapi, apabila cikgu pun sudah menunjukkan yang tidak baik..maka, yang mungkin akan dilihat anak2 murid itu, adalah yang baik..

ye la kan..dah jadi cikgu, bila diorang tgok cikgu boleh buat...anak2 pun boleh buat la gak la..ya..gitu la.

walaupun kita bukanlah ustaz ustazah yang mengajar pendidikan agama, tapi kita juga tidak harus hanya mengharapkan mereka sahaja untuk cuba mendidik anak2 Islam.kita juga Islam kan?? kita juga belajar agama kan??so, cubalah keluarkan atau beri juga ilmu kita sebanyak mana yang kita mampu..InsyaAllah, usaha kita itu akan dilihat oleh Allah..


So, semua orang dah dapat kan apa yang saya nak bagitau kat sini..
harap sangat2 agar anak2 murid yang korang akan ajar nanti akan menjadi seorang muslim terhebat~~Agar negara kita tidak lagi diberselerak lagi dengan bayi2 terbuang, rempit2 jalanan,perempuan2 dan lelaki2 yang berkepit-kepitan, dan segala macam pemandangan yang menyakitkan mata serta hati yang kesal dan berdosa..

Cikgu berada di sekolah...ramai sangat umat nabi di situ pada masa yang sama.satu sekolah mungkin 800 orang atau lebih..terlalu banyak itu...so, apabila semua cikgu dapat melaksanakan amanah sebagai cikgu dengan yang terbaik..maka, Insyaallah, semua akan bahagia dan bangga dengan hasil keluaran dari satu sekolah itu iaitu anak2 muslim sejati..bukan sahaja kuantiti dilihat malah, kualitinya juga..

Wallahu'alam..moga post saya ini mendapat perhatian oleh anda semua dan sahabat fb sy sebentar tadi.. Andai kata terkasar bahasa, maafkan segalanya..

P/s maaf kpd sahabat FB sy kerana mungkin membuatkan awak bosan menunggu pandangan saya sbb line internet yang kurang memuaskan..maaf ye:)

3 comments:

Anonymous said...

maaf kerana menganggu, bagus apa yang awak tulis di blog awak nie..tetapi sebenarnya isu pembuangan bayi, gejala sosial dan lain2 bukanlah hanya diletakkan di bahu seorang insan yang bergelar guru sahaja, tetapi ibu bapa dan diri seseorang itu sendiri (murid-murid) serta pihak yang bertanggungjawab juga harus memikul tugas2 mendidik anak2 bangsa kita.sudah kita maklum gejala sosial seperti kes pembuangan bayi ini semakin menjadi2..tetapi sedarkah kita tarikh dan bila kejadian ini berlaku mengikut musim2nya.mari kita kira, isu pembuangan bayi ini.kandungan 9 bulan jika kandungan normal..cuba adik tolak 9 bulan, bersamaan berapa? ya, kemungkinan besar gejala sosial ini disebabkan sambutan tahun baru 9 bulan lepas.di mana ibu bapa ketika itu yang sepatutnya menjaga tindak tanduk anak2 mereka dan dimana kedudukan pihak berkuasa dan pihak2 terbabit ketika itu yang sepatutnya mengawal hal ini drpd terjd.igtlah..guru sekadar mendidik dan cuba sedaya upaya membentuk insan yang terpuji dari pelbagai aspek.jgnlah hanya menuding jari ke arah satu pihak sahaja. jika kesemua pihak yg terbabit memain peranan dengan baik, insyaAllah kita dpt mengurangkan masalah2 yang timbul ini.sama2 kita fikirkan.tq..(maaf jika ade pihak yg terase, saya hanya hamba Allah yg lemah)..sekian.

Asma(admin) said...

thanks for ur comment...absolutely agreed with u...so, sy dah ade tulis melentur buluh biarlah dari rebungnya..

dan di situ, saya tujukan kepada semua pihak termasuk saya...

blog ini bukan saya nak maksudkan hanya satu pihak sahaja yang patut bertanggungjawab, tetapi saya lebih khususkan kepada guru..so, banyaklah yang diperkatakan tentang peranan guru..InsyaAllah,lain kali saya akan postkan pula entry tentang pihak yang lain.. btw, maaf dan terima kasih..

elise said...

assalamualaikum
kita sbg guru mmg menjadi perhatian dan idola murid2 mahupun masyarakat.. so, tingkahlaku yg baik dan berlandaskan syariat adalah penting kerana kita menjadi model kpd murid2 khasnya.. dengan erti kata lain dakwah melalui perbuatan adalah lebih berkesan melainkan percakapan..

thx adik asma, this is a very good entry.. ia sdikit sbyk mngingatkan sy ttg peranan sy sbg seorg guru x lama lg..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...