freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Ramadhan...Akhirnya (^-^)


Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Sahabat2 semua sudah pasti telah selesai solat tarawikh berjamaah kan tadi? Tarawikh pada malam pertama sebelum kita mula berpuasa esok hari..Hari ini, telah sampai bulan Ramadhan pada diri kita..

Kita sering berdoa.. Ya Allah, sampaikanlah bulan Ramadhan ini pada diriku sebelum tibanya bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk menjejakkan kaki pada bulan Ramadhan ini..



Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak pada sahabat2 semua tidak kira di Malaysia, Jordan, Korea dan Mesir dan sebagainya… Moga amalan kita ditingkatkan dengan memperbanyakkan lagi selawat serta salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW, memperbanyakkan zikrullah, memperbanyakkan dan menghayati bacaan Al-Quran, bacaan2 ilmiah…



Kita juga tidak harus lupa bahawa sememangnya kita sering berebut2 untuk menambah pahala buat diri kita sendiri iaitu membuat kebaikan hanya unttuk diri.. Namun, adakah kita pernah ingat kebaikan untuk orang lain juga? Kebaikan yang bagaimana? Kebaikan yang berpanjangan.. kebaikan yang bermanfaat untuk diri kita dan diri orang lain. Antaranya, membantu rakan2 seperti tolong belikan makanan kepadanya jika dia terlalu penat atau letih. Selain itu, tolong pensyarah mahu pun cikgu2 mengangkat laptop, lcd , buku2 dan sebagainya.. Almaklumlah, mungkin bagi sesiapa yang jarang berpuasa pada hari2 biasa. Dia akan terasa sedikit keletihan berbanding orang2 yang sudah biasa berpuasa sunat pada hari2 tertentu. Jangan lupa juga untuk sering mengingatkan sahabat2 kita yang mungkin agak terleka dengan masa dia. Jika hari puasanya dihabiskan dengan membaca komik, novel2 cinta ataupun mengadap laptop sentiasa.. kita sebagai sahabat serta saudara seIslam harus cuba untuk menasihatkan dan mengingatkan mereka….. Ajaklah untuk bertadarrus, ajaklah untuk ke perpustakaan, ajaklah untuk berjumpa lecturer, atau apa2 lagi yang baik untuk kita sempena dalam bulan yang mulia ini…terlalu banyak ibadah yang dapat dilakukan sehingga tidak dapat saya tuliskan di sini. Kalau ada tambahan, bolehla sahabat2 semua tambah dalam ruangan komen ataupun ruangan shoutbox di blog saya ini..



Banyak bercakap tentang kebaikan di bulan Ramadhan.. bagaimana pula dengan bulan2 yang lain??

Janganlah kita hanya menjadi ‘Baik’ hanya di bulan Ramadhan ini saja..Memang tidak dinafikan, jika tibanya bulan ini, sudah pasti semua orang baru akan mula bertindak meningkatkan ibadah, membuat banyak kebajikan dan sebagainya.. Namun, semua itu adalah kerana bulan ini terlalu banyak rahmat terhadap kita umat Allah. Kita juga tahu bahawa bulan Ramadhan dinamakan bulan ummat… Kerana apa? Kerana rahmat Allah terhadap kita terlalu banyak hanya akan dapat pada bulan ini sahaja. Bulan lain pun ada juga tetapi tidaklah sehebat atau seistimewa bulan ini..



Istimewa…LAILATULQADAR…lagi ramai nak tambahkan lagi ibadat pada 10 malam terakhir. Sebelum tu,?? Tak perlu dijawab lagi kerana anda semua sudah pasti tahu kenapa dan mengapa.. sama sahaja. Ada keistimewaan yang tersendiri..

Malam yang lebih baik dari seribu bulan…waktu saya masih kecil,saya beranggapan malam seribu bulan.. saya tidak sabar untuk menunggu Lailatul Qadr,kerana apa ya..kerana pada fikiran saya, pada malam itu akan timbullah seribu bulan..saya terbayangkan bulan2 yang sangat banyak.. MasyaAllah, itu dulu.. tunggunya kerana nak melihat bulan yang banyak.. Tapi, Alhamdulillah.. sudah tahu sekarang kenapa orang sering berebut malam2 terakhir untuk bertemu malam seribu bulan.. malam yang lagi istimewa dalam bulan Ramadhan yang sudah istimewa itu. Antara fadhilatnya adalah >>>> :~)



Pada malam itu juga turunnya Malaikat

memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat

Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.

Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang

penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) (‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.)



Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang

maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”

(al-Qadr, 1)( Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan

al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di

langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,

selama 23 tahun.)



Ada lagi sebenarnya kelebihan jika kita cuba mencari malam – malam terakhir itu untuk bertemu LailatulQadr.. Tetapi, tidak dapat saya nyatakan di sini kerana sudah terlalu panjang post saya kali ini.. Walaubagaimanapun, kita semua janganlah hanya mengharapkan orang lain sahaja untuk memberi ilmu..kita juga harus mencari.Ilmu kan perlu di cari..bukan ilmu yang mencari kita kan..



K lah…tu saja kot penulisan saya kali ini.. sahabat2 semua bolehlah melawat blog kawan2 lain yang lebih mantap penulisan dan isi kandungannya dari blog saya ini.. Saya hanya insan yang biasa yang hanya mampu melakukan dengan biasa-biasa sahaja…



Yang terakhir…

Ingin saya kongsikan sedikit petikan lagu ramadhan daripada kumpulan Raihan yang InsyaAllah sedikit sebanyak dapat meningkatkan penghayatan kita terhadap ibadah kita pada bulan Ramadhan ini..Amin..




Raihan- Mulianya Ramadhan..

Hari esok kita berpuasa Setahun sekali hanya sebulan Sempatkah kita menyempurnakan Hingga sampai ke penghujungnya Sebulan Ramadhan kita berpuasa Menahan diri dari lapar dahaga Menekan nafsu bermaharajalela Melatih diri beramal sentiasa Sepanjang Ramadhan Syaitan dalam rantaian Terbuka luas pintu kebaikan Tanda rahmat kasih sayang Tuhan Itulah kemuliaan di bulan Ramadhan Solat Tarawih menjadi amalan Meriahkan lagi keberkatan malam Tadarus Al-Quran penambah seri Tenangkan hati membersihkan diri Paling istimewa di bulan Ramadhan Berlakunya malam Lailatul Qadar Turunlah malaikat meraikan semua Menyambut amalan yang ikhlas di antara kita... Sebulan sudah Ramadhan bersama Tibalah syawal tanda kemenangan Sempurnakah segala amalan Adakah kita berjumpa semula Di Ramadhan yang akan datang...

1 comments:

pensel kayu said...

رمضان كريم

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...