Salam Pertemuan

Paku Dinding

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.

Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.

Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.


Berdasarkan hadis:-


Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:
"Berilah wasiat padaku." Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya
berkali-kali tetapi baginda s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah."

(Riwayat Bukhari)


Begitulah pentingnya menahan marah itu kerana seorang mukmin yang kuat adalah apabila dia dapat mengawal kemarahannya..


Tapi jangan pula seorang yang jenis panas baran tu nak paku rumahnya sesuka hati. Minta izin ayah dulu, kalau tak boleh juga pergilah cari rumah orang yang dah nak rebah mencium bumi ,lepas tu minta izin tuan rumah kata nak paku rumah dia. Mesti dia bagi punya..(nak buat baik la kononnya kan)

Walau apa pun,sebenarnya cerita ini hanya sebagai gambaran sahaja.Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.

Jika anda marah sewaktu sedang berdiri,maka duduklah..

Jika anda marah sewaktu sedang duduk,maka baringlah

Jika anda marah sewaktu sedang berbaring, maka tidurlah.

Tetapi jika kemarahan anda belum hilang selepas cara2 tersebut,berwudu'lah dan solatlah agar dapat menenangkan dan menghilangkan amarah anda.


Wallahualam.


Akhir sekali,maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....

Pesan Atuk : Episod Semut



Berakhirnya Semester Pertama..UIA PJ


Emm..bagaikan x percaya yg akhirnya sy telah bisa mengabiskan sem 1st kt bumi cfs ni.pd awalnya,sy penah trfikir cmana nk explore hidup yg sering keseorangan(without kwan2 skolah lama )kt cni..tp sy cuba jg kuatkan diri..ramah x tentu hala,nak cari kawan la kononnya. Alhamdulillah.akhirnya dr seorang ke dua org,dr dua jd empat,jd sepuluh..then,jd la ramai....besnya ramai kawan.tp satu je masalah sy ni.kdg2 asal da bertaaruf.lupa plak nama diorg.org tegur sy tp sy terlupa sapela dia ni??(wat2 kenal je la)sori ek..

Abis tu,TERjebak (TER-maksudnya..kbyakannya bukanlah pernah dipikirkan nk masuk)dengan society,jd committee,fasi lah..ape lg ntah.then sibuk x tentu pasal.sibuk sgt smpai x smpat nk study la jg.tp study tetap kena study.klu x,cmne nk truskan pengajian kt cfs ni.baru 1st year.lama lg ni nk out dr u ni.so,kena la korban masa tido,masa dgn kwan2 baik,fuh..penat sgt.diorg tengok sy ni cam nk pengsan da.jap ke sana,jap ke sini,jap ke utara,selatan,timur n barat.penat2..malam exam pun stil ada metg..sape x tension?so,sy pun byak la minta pendapt senior2,kwan,family,lecturer..mcm2 pndpat yg diorg bg.hm..lastly,smpai skrg dok pk2 gak apa nk buat.ada pndpt try teruskan sbb baik untuk masa depan.ada plak suro drop yg mana patut..tp dalam hati ni,nk drop kot..em..x tau la.

Pengalaman buat sem pertama ni memg banyak gak.hadir program kt luar,dalam,depan,belakang uia.haha,xde la smpai camtu skali..tp,memang banyak gak dpt bljr pengalamn yg bru kt sini yg kdg2 x pernah terpk pun nk buat.huhu,ape tue?(hanya diri dan tuhan yang tahu)antara pengalamn yg dpt sy kongsikan ialah bila kena handle about catering untuk program pertama stelah mnjd ahli society tue.mwmang pda awalnya mcm x percaya yg sy akan terlibat tuk handle program,talk je(tp bg sy sbg seorg pljar 1st year,mmg best tp menakutkan sbb segalanya terletak pd ajk itu sdiri)sy boleh terlupa nak ambilkan gelas dan air untuk penceramah..(x patut)then,bila pm tnya mana air,memang gelabah r cari.pastu pergi kafe dah tutp tp stil tgah buat operasi mengemasla.then,sy pun mintala nk pinjam gelas.tp gelas xde,cawan ade la..ambil je la dah memang terdesak.Malu la jg sbb x pernah dibuat org kot bg penceramah guna cawan untuk minum.(memang la cawan gunt tuk minum air tp,selalunya kan gelas)hehe.pengalaman mengajar kita matang dalam kehidupan.

TUP!TUP!TUP!dah bulan puasa..then cuti raya..bestnya.alangkah lg best klu uia x de exam tgah org lain syok2 beraya.aduh..pesal lah raya pun nk kena study tuk exam.hmm..dugaan..tp x pe lah asalkan dapat balik rumah dan beraya dengan family tersayang..SAYANGNYA kt family sy yg bahagia lg berkat..(moga2)wlupun hanya beberapa ketika sj kami dpt beraya,jalan2,shopping2,n apa yg penting??MAKAN2..Alhamdulillah wa syukurillah..kerinduan bakal terubat sebab sy akan pulang ke rumah pd petang ini..gembira x terkata.

hai...takut la plak.lpas balik kena mai plak kt cfs ni.aduh,terbygkan result yg bakal diterima oleh diri ini.Ya Allah,moga Kau berikan yg terbaik buatku.Amin..k lah,itu sj coretan di sini..
klu ada masa lapang boleh saja sy updatekan dr masa ke semasa..wslam=)

x sabo nk blik umah.nk g kemas brg jap.huhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...