Salam Pertemuan

Rindu Family...Mahu Pulang



Tit tit..tit tit..
mesej handphone berbunyi.tertera nama Abi,iaitu ayah kesayangan saya.
"Wahai anak2 ayah!Ayh kagum dgn kamu semua kerana sanggup berjauhan dgn ayah mak n adik2 yg lain di bulan puasa ni kerana menuntut ilmu..sabarlah kerana setiap kepayahan itu ada kemudahannya nanti.Go on for your excellent.Selamat menjalani ibadah puasa semoga tahun ini yang terbaik n anggaplah yang terakhir dalam hidup kita.Amiin.."
Itulah kata - kata ayah saya pada waktu subuh tadi..Hati saya cukup tersentuh dgn kata2nya.Bertambah semangat saya untuk menjalani hari yang baru ini.

Sudah hampir sebulan saya berada di cfs ini.Tak sabar rasanya hendak berbuka puasa dgn family di kampung.Saat2 berbuka puasa adalah sangat menggembirakan.Namun lebih membahagiakan apabila berbuka puasa dgn family.Terbayangkan family saya di Kedah berbuka dan menikmati juadah dgn penuh nikmat sambil bergurau senda. Saya teringatkan masakan makk saya yg sgt sedap.Tambahan pula, bila mak saya membuat agar2 lumut.(eh, jangan terbayang lumut yang betul pula,nama je tp sebenarnya dibuat ramuan dari daun pandan)Sedapnya..(kurang pahala..hehe)

Tapi,tak kurang meriahnya di CFS ini apabila dapat Ifthar bersama beramai - ramai dgn kengkawan..Baru2 ini, ada ifthar jamai'e under FRC(facilitator representative committe) bersama - sama dgn FRC dari Uia Nilai.Alhamdulillah..Esoknya CAC(Culture and Arts Club) pula menganjurkan Ifthar jamai'e bersama - sama dgn anak2 yatim dan lebih istimewa lagi apabila terdapat artis jemputan iaitu Hafiz Hamidun dan Muaz.Walaupun hanya sempat mendendangkan dua buah lagu setiap seorang tapi itu sudah cukup bagi peminat2 mereka.Tapi agak menyedihkan apabila anak2 yatim tadi terpaksa pulang awal.So,kami x sempat nak beramah mesra dgn diorang..Semoga diorang diberkati Allah kerana anak2 yatim itu adalah anak2 yang mulia.

Berbalik kepada topik,kerinduan terhadap family dapat diubati dgn sering bermesej atau membuat panggilan.atau berchattin dgn adik2 di rumah.Kemudahan teknologi kini dpt menjaga dan membantu kita daripada terseksa kerana terpaksa berjauhan dengan family.Walaupun,tempat belajarku hanya 5 jam dari Kedah=)Tapi dikira jauh..kerana family tiada di depan mata.tapi di hati ada..

Tarikh kepulangan saya ke kampung adalah pada 11 september ini.Tinggal lagi lebih kurang dua minggu.Alhamdulillah.Moga saya dapat pulang ke kampung dengan selamat...
Salam Ramadhan semua..Moga berbahagia dengan keluarga tercinta.Berhati - hati balik kampung.Biar lambat asalkan selamat=)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...