freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

DITINDIH HANTU??

Adakah anda merasakan seperti ditindih gajah yang berat itu?


Atau sebegini anda membayangkannya?


Ramai yang kata ternampak ‘benda’ tertentu yang menindih tubuh mereka hingga tidak boleh bergerak. Adakah itu sekadar cerita rekaan kerana tidak tahu hendak menghuraikan fenomena lumpuh sementara?

APABILA mula sedar dari tidur, Sistem Pengaktifan Retikular (RAS) 'dihidupkan' kembali, namun adakalanya otak mengambil sedikit masa untuk mencetus isyarat elektrikal kepada keseluruhan fungsi tubuh. Itulah yang membuatkan seseorang mendapati dirinya tidak boleh bercakap atau menggerakkan anggota badan.

Sebenarnya apa yang berlaku itu merupakan fenomena paralisis tidur. Ia merujuk kepada suatu tempoh singkat yang membuatkan seseorang tidak dapat membuat pergerakan mana-mana bahagian badan ketika baru memasuki fasa hendak tidur (hipnogogik atau predormital), atau ketika hendak sedar daripada tidur (hipnopompik atau posdormital).

Apakah simptom-simptomnya? Lazimnya seseorang akan mengadu hilang upaya gerak anggota tangan atau kaki ketika baru mula tidur atau hendak sedar. Berlaku juga episod singkat paralisis otot skeletal, sama ada sebahagian atau sepenuhnya. Ia biasanya dikaitkan dengan halusinasi hipnogogik atau aktiviti otak yang mencetus situasi seperti mimpi.

Paralisis tidur selalunya dikaitkan dengan narkolepsi, iaitu gangguan neurologikal yang membuatkan seseorang mengalami rasa mengantuk yang ekstrem lalu boleh tertidur secara tiba-tiba. Namun begitu, ada orang yang mengalami paralisis ini tanpa menunjukkan petanda narkolepsi.

Antara penyebab paralisis tidur ini adalah seperti tidur dalam posisi terlentang terlalu lama, jadual tidur yang tidak menentu, tidak cukup tidur dan istirehat, stres dan juga pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut).

Dalam kes halusinasi hipnogogik tertentu, seseorang akan merasa seperti ada orang lain di dalam bilik tidur mereka. Ada juga yang trauma apabila menyangka ada ‘sesuatu’ yang duduk di atas dada hingga menyukarkan pernafasan.

Sejak berkurun, ia terjadi pada manusia dan dipanggil Fenomena Hag. Walaupun kesannya menimbulkan keresahan dan ketakutan, tiada risiko atau ancaman fizikal boleh berlaku.

Dalam dunia ini memang ada makhluk lain di dimensi yang tidak dapat ditembusi mata kasar kita. Tetapi janganlah kita jadikan ia satu-satunya alasan bagi setiap kejadian yang tidak dapat dihuraikan.

Kata orang tua2, basuh kaki sebelum tidur dan membaca doa seperti,surah2 4 Qul - Al-Kaafirun, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas, serta Ayat Kursi seterusnya doa sebelum tidur.

Petikan dari HALAQAH

3 comments:

budakskeciumorg said...

"pertukaran gaya hidup secara mendadak (misalnya peralihan daripada mod rehat kepada aktiviti ekstrem secara mengejut)"

Asma,baca ni,sy terfikir,mungkin saya,aina,fady n laen2 ada 'can' la kne tindih,bile masuk taaruf week nati..hehe..maklumla..kitorang kan sedap je rehat skang ni,sampai bulan 7 tu....jangan jeles...haha.

rindu kat awk.rindu kat zc.rindu kat PJ.selamat belajar ye,Asma...

Asma' said...

oi..budakskeciumorg!!haha,kejutan ya nanti.gemok kt rumah,nanti kt sne awak jd kurus plak.x gitu.lg satu,sy kat sini jadi senior,awak kt sne tetap jd junior..huahua!!ye la,sy pun rindu kt awak n kwan2 kita yg lain..tp,sy x rindu lgsung kt zc n pj.hehe

penganggur kehormat said...

apela Asma ni..
ofkosla awk tak rindu kat sume tu,dah awk msh boleh pergi lagi ke sana,jejakkan kaki kat sana,hirup udara pj yg tercinta (macamla udara kat situ bersih sgt,haha)..
org kate,kita bila dah hilang sesuatu tu,barula nk tercari2..
jadi,Asma,sy tau,awk skang ni mesti tgh jeles tak puas hati ngan kitorang,geng2 penganggur ni,so..redha jela ye Asma? nati,cayela,suatu hr nati,awk pun,akan terkulat2 tak tau nk watpe kat umah,n mulala tkenang nostalgia2 zaman silam...
hahaha!
Asma,dah jadi senior ni,jgn buli adik2 tu ye?...sian dorang,homesick x abis lagi tu..wahwahwah..*tetibe teringat diri sy dlm versi setaun lebih muda,mase mula2 sampai UIA..haha..lawak*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...