freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Badminton Kegemaranku,Perjuangan Untuk Islam,PILIHANKU!!





















Beberapa hari ini,perlawanan badminton Piala Thomas dan Uber menjadi tumpuan saya.Saya sangat teruja apabila melihat pemain-pemain kesayangan negara masing-masing bermain dengan penuh semangat. Saya dapat melihat beberapa permainan antara Malaysia,Denmark,China,Indonesia,Jepun dan Korea.Mantap dan sengit.

Setiap pergerakan mereka sangat pantas dan mengagumkan. Walaupun mereka diasak oleh lawan,mereka tetap cuba mempertahankan demi mengelakkan mata diberikan kepada lawan. Sesungguhnya,apa yang pasti mereka dapat adalah kepenatan yang amat sangat.Namun,itu tidak akan dapat mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang dan bangkit mengalahkan lawan mereka.Apabila mereka dapat menjaga pertahanan mereka dan mendapatkan mata,itu adalah sangat bermakna dan memberi kepuasan kepada setiap pemain serta jurulatih sendiri.

Pada pertemuan Malaysia menentang China semalam,aksi yang ditunjukkan oleh Datuk Lee Chong Wei agak mengecewakan kerana beliau begitu lemah dan hilang keyakinan untuk setelah berhadapan dengan Lin Dan dari negara China.Walaupun,beliau cuba bangkit namun itu sudah terlalu lambat baginya kerana telah ketinggalan jauh.Kata pengulas TV1,Hafizal Hamad.

Akibat daripada kekalahan oleh ketua pasukan itu untuk memenangi perlawanan pertama menentang China, pemain-pemain lain turut merasakan debaran dan mungkin juga mereka turut hilang keyakinan untuk meneruskan lagi permainan.Walau apa pun,kekalahan itu tidak bermakna mereka akan terus menyerah.Mereka cuba bangkit dan meneruskan perjuangan demi mendapatkan Piala Thomas setelah 18 tahun menanti.

Pemain-pemain Malaysia akhirnya kecundang di tangan China,juara bertahan Piala Thomas dan Uber.Apa yang dapat dilihat di setiap permainan tersebut mungkin dapat menjadikan kita sebagai PEJUANG AGAMA ALLAH mengambil segala iktibar dan pedoman daripada permainan badminton kali ini.

Secara realitinya, sebagai umat Islam isu masa yang diadakan perlawanan badminton adalah tidak patut bagi kita terutamanya rakyat Malaysia.Tetapi,setiap perkara yang berlaku adalah atas pilihan kita sendiri seperti waktu maghrib yang selalunya baru permulaan permainan setiap umat Islam wajib bersolat dahulu dan yang pastinya jangan tinggalkan solat.Walaupun kita dapat melihat penyokong2 dari Malaysia seakan-akan tidak berganjak dari tempat duduk mereka,kita harus cuba bersangka baik.Mungkin,mereka mencuri masa untuk pergi bersolat.Apa-apa pun,itu telah terjadi.Iktibar itu perlu.

Akhir sekali,apa yang dapat saya perhatikan dan peroleh hasil daripada perlawanan badminton kali ini adalah:

1- Setiap perjuangan kita harus ada pelan dan perancangan yang disusun rapi serta kukuh.
2-Persediaan dalam perancangan itu harus mantap dari segi fizikal,mental,jasmani dan rohani setiap individu itu sendiri.
3-Jangan sesekali kita menyerah kalah wahai sahabat seperjuanganku walaupun pernah satu ketika Islam jatuh pada zaman dahulu.Kita adalah penyambung dan penegak semula Khilafah Islamiyyah.
4-Pertahanan diri harus kuat dan kental dengan mempersiapkan diri kita memberi makanan untuk rohani kita secara istiqamah.
5-Bersatu teguh untuk cuba mengalahkan yang salah walaupun mereka itu mungkin disangkakan kuat oleh kita seperti China.(yang dapat saya maksudkan seperti yahudi)
6-Kesabaran untuk meruntuhkan atau mengalahkan pihak lawan harus sentiasa dikawal kerana langkah - langkah yang diambil adalah di bawah kawalan kita.
7-Pemimpin memainkan peranan penting kepada anak buah atau ahli-ahlinya untuk cuba melakukan yang terbaik seperi yang dilakukan oleh ketua yang diharapkan mereka.

Sekian,segala keburukan daripada setiap perkara itu harus dijauhi dan setiap kebaikan itu harus cuba dicontohi dan dilaksanakan.

PERINGATAN BUAT DIRI DAN SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN SEKELIAN.INSYAALAH,ALLAH AKAN MEMBANTU KITA SELAMANYA.AMIN...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...