freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Akhirnya Perpisahan Itu Terjadi

3.00 pagi itu,saya masih belum terasa mengantuk kerana terlalu memikirkan akan perpisahan yang bakal menimpa diriku dan dirinya. Walaupun di hadapanku penuh dengan kertas - kertas soalan matematik, saya tidak dapat meneruskan lagi usaha saya untuk terus membuat latihan sebagai persediaan peperiksaan pada petang itu.

Sebenarnya,saya sedang memikirkan apakah yang dapat saya berikan kepada dirinya sebagai tanda ingatan dan penghargaan kepadanya. Idea pertama saya ialah untuk membuat origami kertas berbentuk hati untuknya.Saya sebenarnya telah lupa bagaimana untuk mencipta origami tersebut.Saya tetap mencuba walaupun tidak pasti bagaimana cara yang sebenarnya.Setelah kian lama mencuba,saya akhirnya berhenti dan meneruskan study saya.Apabila terasa seakan-akan mengantuk,saya mencuba pula untuk membuat origami burung kertas.Namun,tidak berhasil.Apakan daya saya untuk mencuba semula apa yang telah ditinggalkan setelah kian lama.

Akhirnya,saya membuat keputusan untuk melukis gambar kumpulan penyanyi korea iaitu DBSK.Sebabnya,saya dan dia sendiri sangat meminati kumpulan tersebut.Setelah hampir lama melukis,akhirnya siap juga lukisan tersebut.Jam menunjukkan pukul 4 pagi..Apa yang saya buat pada pagi itu hanya study,lukis...Selepas saya berdoa kepada Allah agar saya dapat menunaikan solat subuh berjemaah buat kali terakhir dengannya.Alhamdulillah,dia bangun untuk bersahur. Setelah selesai solat,kami bersahur dan selepas itu sama - sama menunaikan solat subuh berjemaah. Hati terasa amat sedih sewaktu berdoa,kerana terbayangkan perpisahan yang aka n terjadi.Air mata hampir menitis,namun saya gagahkan juga untuk tidak menunjukkan bahawa saya sedang bersedih.

Pagi itu,dia keluar bersama-sama temannya.Jadi,saya telah mencari masa untuk mencipta burung kertas.Buat banyak2-banyak,dan gantung.Walaupun, tak berapa kemas tapi saya berasa amat puas dapat menyiapkannya dalam masa yang agak singkat.

Waktu peperiksaan kian hampir.Saya dengan bantuan kaw an saya cuba untuk menyiapkan dan meletakkan di dalam bilik bersama burung kertas dan gambar lukisan yang hodoh tersebut(ok la kot sebenarnya) dan saya turun ke bawah untuk menduduki peperiksaan.Saya bertemu dengannya sebelum masuk ke dewan peperiksaan.Menangis tak berlagu la kami berdua. Perpisahan itu berlaku juga.Antara dua orang sahabat sebilik dan seDBSK..

Nur Aina,teman saya yang sangat baik,tenang,dan sering setia jika saya ingin berkongsi sesuatu dengannya.Sangat baik.Saya masih ingin bersamanya sehingga tamat pengajian di Uia Pj namun dia terpaksa pergi dahulu kerana pengajiannya di s itu hanyalah sementara,Dia akan terus menyambung pelajarannya di Uia Kuantan.Saya perlu bersabar kerana Insyaallah,perpisahan itu hanya sementara.Kami mungkin akan bertemu semula di Kuantan.Walaupun begitu,saya tetap rasa sedih kerana setiap hari saya akan berjumpa dengannya,buang masa dengannya dan se mua itu tidak akan berlaku lagi.Akhir sekali..saya sayang sahabat saya AINA..=')


Inilah gambar kami bersua sewaktu makan malam tahunan untuk fasilitator 'study circle'

Sayangilah yang ada di depan mata anda kerana sesungguhnya yang dekat itu pasti akan pergi jua.Kerana cita-cita ataupun kematian..

2 comments:

Anonymous said...

oh asma...jgnla brsdh..
insyaAllah de jdh x kemana..=)

Asma Afifi said...

hua2..sedih2..insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...