freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Aku terpaksa pergi juga...

Maafkan aku kerana akhirnya aku terpaksa meninggalkan dirimu. Andai diri ini bukan milikmu lagi, ku pasrah kerana aku sedar siapa diriku. Aku sudah tidak punya waktu untuk bersamamu lagi. Aku harus kembali kepada dirinya yang lebih berhak ke atas diriku. Dialah yang lebih layak untukku. Walaupun aku sentiasa tahu dirimu menyayangiku, namun aku tahu kasih sayangmu tidak dapat melebihi kasih sayang dirinya terhadap diriku. Aku juga tahu, sayangmu itu tidak akan dapat menghalang diriku untuk bersama dengannya..Sabarlah, kerana kita pasti akan bertemu jua di sana.


Maafkan aku..selama ini aku dapat berjumpa denganmu. Aku dapat bercakap denganmu. Aku dapat bercanda denganmu. Aku dapat menghadapi hidup ini bersama denganmu. Tetapi, itu dulu. Kita sudah tidak punya waktu lagi untuk melakukan semua itu bersama. Dirimu terpaksa melakukannya tanpa diriku. Dirimu terpaksa meneruskan hidupmu tanpa diriku. Senyumanmu, tutur bicaramu, tangisanmu tidak dapat ku dengari lagi. Tidak dapat ku lihat lagi. Ya Allah, aku tidak sanggup untuk meninggalkan dirinya. Walaupun ku tahu, semua itu adalah ketentuanmu, aku pasrah. Aku redha dengan kehendakMu. Aku tahu engkau telah memilih yang terbaik buat diriku. Selamat tinggal. Selamat berjuang. Teruskan perjuanganmu walau aku tiada disisimu lagi.


Tinggalkan Hartamu,

Tinggalkan Rumahmu,

Tinggalkan Ibu dan Ayahmu,

Tinggalkan saudara-saudaramu,

Tinggalkan sahabat-sahabatmu.

Tinggalkan guru-gurumu,

Tinggalkan segala urusanmu,

Dekatilah Aku,

Dekatilah Aku,

Dekatilah Aku,

Aku lebih menyayangimu,

Aku lebih berhak ke atas dirimu,

Kau tetap akan datang kepadaKu

Biar lambat, biar cepat,

Itu sudah pasti.

Aku tahu semua itu.

Aku tidak perlu meminta izin,

Aku hanya perlu memanggilmu,

Kau pasti datang kepadaku,

Datanglah,datanglah,datanglah wahai hambaku.

Tinggalkan dunia.

Tinggalkan dunia,

Tinggalkan dunia,

Sesungguhnya, Akulah Allah yang memanggilmu.


Buat semua yang mengenaliku, andai esok tiada lagi buatku, andai hari ini sekalipun aku meninggalkan mu, maafkan diriku. Maafkan segala kesilapanku. Halalkan makan minumku.Halalkan segala ilmumu. Moga aku dapat pergi dengan tenang. Kirimkanlah doa buatku. Mak, Ayah, adik beradikku, sahabat-sahabatku, guru-guruku,serta semua yang mengenaliku..Diriku milik Allah.Dirimu juga milik Allah. Moga pemergian tanpa isyarat ini dapat diterima dan diredhai serta diingati.

P/S Jauh dari hati, fikir tentang mati, kerana ianya pasti.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...