Kalian mungkin terkejut tiba-tiba aku muncul untuk menyambung semula coretanku di sini.. Tapi, semua ini disebabkan pada hari ini, 3 OGOS hari yang paling bermakna buatku.. Aku ASMA AFIFAH (NAMA DAN YANG BERMARUAH, YANG BERBUDI BAHASA, YANG BERMARTABAT TINGGI) yang telah tercatat namaku di Luh Mahfuz telah dilahirkan di dunia kerana seorang manusia yang sangat mulia, dan bermakna disisiku.. Kerananya, aku mampu menaip, menulis, mengeja, membaca di sini.. Itu adalah antara perkara yang paling kecil yang aku mampu buat kerana dirinya.. Kerananya juga aku mengenal Allah, mengenal Penciptaku yang lebih Agung.. Mengenal dan berjalan di atas dunia yang penuh pancaroba ini tanpa terumbang-ambing dan tergelincir kerana didikan dan tarbiyah darinya..
MAK... Panggilan manjaku buat dirinya.. kadang2,pernah gak panggil ma, mama, umi.. pulun ckit, ckit je ~ :-)
Mak.. selamat hari ulangtahun kelahiran yang ke 49... dah hampir separuh abad mak di dunia ni.. dan hampir 5 dekad juga mak menahan celoteh anak-anak mak.. terutamanya ciq, gelaran diri untuk mak ayah dan family.. orang kedah, biaselah.. antara yang agak
MAK.. MINTA MAAF SANGAT2, BANYAK2, DARI CIQ LAHIR SAMPAI HARI NI SAMPAI CIQ DAH XDE NANTI.
Mak, sempena ulangtahun mak pada hari ni.. ciq nak ucapkan semoga mak sentiasa sihat, dilindungi Allah, diberi kesabaran, kekuatan, dan dipanjangkan umur dalam kebaikan serta rahmat Allah.. dimurahkan rezeki..
Mak, kalau banyak sangat kain nak dijahit tu.. mak jangan tension tau.. sebab Allah suka orang yang penyabar.
Lagi pulak ada hadis dari Nabi dengan sabdanya kepada anaknya Fatimah.
.“Anakku, orang yang menjahit pakaian untuk suami dan anak akan masuk syurga dan akan diberi Allah sebuah kota di syurga sebanyak bilangan pakaian yang dipakai suami hasil kerjanya.”
Xpe mak.. dari situ gak, mak xkan lalai dari mengingati Allah.. sebab mak boleh berzikir, mendengar AlQuran, dan nasyid ka.. memang banyak kan kelebihannya..
Menjahit memang memenatkan,penat mata sebab fokus, lenguh badan sebab duduk je atas kerusi berjam-jam, sakit kepala lagi kalau ada tersalah x jadi ke kat mana2 bahagian.. tapi, sebab tu ganjarannya tinggi ..
kami semua plak semua boleh pakai baju yang mak buat.. kawan2 pernah tanya, cantiknya baju kak asma.. beli ke? saya jawab "eh, xlah.. mak buat.. kebanyakkan semua baju semua mak buat.."
ha, bangga kan.. Jahitan yang penuh kasih sayang oleh mak tersayang.. sape x bangga kan.. hehe
hurm.. ok lah mak.. sampai sini saja ciq nak tulis.. walaupun banyak lagi kata-kata penghargaan dan luahan dari seorang anak untuk mak yang dinukilkan di sini... but, you know me well enough kan,mak..?
Yang terakhir, selamat berpuasa, selamat berbuka puasa, dan selamat beribadah kerana Allah.. Moga bulan Ramadhan kali ini akan membuatkan mak lebih kuat, dan sihat..
CIQ SAYANG MAK SANGAT2.. :-) I <3 YOU MAMA...
0 comments:
Post a Comment