Assalamu’alaikum.. Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Sahabat2 semua sudah pasti telah selesai solat tarawikh berjamaah
Kita sering berdoa.. Ya Allah, sampaikanlah bulan Ramadhan ini pada diriku sebelum tibanya bulan Ramadhan.. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan umur kita untuk menjejakkan kaki pada bulan Ramadhan ini..
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak pada sahabat2 semua tidak kira di
Kita juga tidak harus lupa bahawa sememangnya kita sering berebut2 untuk menambah pahala buat diri kita sendiri iaitu membuat kebaikan hanya unttuk diri.. Namun, adakah kita pernah ingat kebaikan untuk orang lain juga? Kebaikan yang bagaimana? Kebaikan yang berpanjangan.. kebaikan yang bermanfaat untuk diri kita dan diri orang lain. Antaranya, membantu rakan2 seperti tolong belikan makanan kepadanya jika dia terlalu penat atau letih. Selain itu, tolong pensyarah mahu pun cikgu2 mengangkat laptop, lcd , buku2 dan sebagainya.. Almaklumlah, mungkin bagi sesiapa yang jarang berpuasa pada hari2 biasa. Dia akan terasa sedikit keletihan berbanding orang2 yang sudah biasa berpuasa sunat pada hari2 tertentu. Jangan lupa juga untuk sering mengingatkan sahabat2 kita yang mungkin agak terleka dengan masa dia. Jika hari puasanya dihabiskan dengan membaca komik, novel2 cinta ataupun mengadap laptop sentiasa.. kita sebagai sahabat serta saudara seIslam harus
Banyak bercakap tentang kebaikan di bulan Ramadhan.. bagaimana pula dengan bulan2 yang lain??
Janganlah kita hanya menjadi ‘Baik’ hanya di bulan Ramadhan ini saja..Memang tidak dinafikan, jika tibanya bulan ini, sudah pasti semua orang baru akan mula bertindak meningkatkan ibadah, membuat banyak kebajikan dan sebagainya.. Namun, semua itu adalah kerana bulan ini terlalu banyak rahmat terhadap kita umat Allah. Kita juga tahu bahawa bulan Ramadhan dinamakan bulan ummat… Kerana apa? Kerana rahmat Allah terhadap kita terlalu banyak hanya akan dapat pada bulan ini sahaja. Bulan lain pun ada juga tetapi tidaklah sehebat atau seistimewa bulan ini..
Istimewa…LAILATULQADAR…lagi ramai nak tambahkan lagi ibadat pada 10 malam terakhir. Sebelum tu,?? Tak perlu dijawab lagi kerana anda semua sudah pasti tahu kenapa dan mengapa.. sama sahaja.
Malam yang lebih baik dari seribu bulan…waktu saya masih kecil,saya beranggapan malam seribu bulan.. saya tidak sabar untuk menunggu Lailatul Qadr,kerana apa ya..kerana pada fikiran saya, pada malam itu akan timbullah seribu bulan..saya terbayangkan bulan2 yang sangat banyak.. MasyaAllah, itu dulu.. tunggunya kerana nak melihat bulan yang banyak.. Tapi, Alhamdulillah.. sudah tahu sekarang kenapa orang sering berebut malam2 terakhir untuk bertemu malam seribu bulan.. malam yang lagi istimewa dalam bulan Ramadhan yang sudah istimewa itu. Antara fadhilatnya adalah >>>> :~)
Pada malam itu juga turunnya Malaikat
memenuhi bumi ini. Dan Malaikat turun bersama-sama turunnya berkat dan rahmat
Allah yang dikhaskan untuk malam itu. Ditetapkan umur, rezeki dan ajal manusia.
Firman Allah SWT yang maksudnya, “Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang
penuh hikmah”. (al-Dukhan, 4) (‘urusan yang penuh hikmah’ itu ialah pada malam berkenaan Allah menentukan umur, rezeki dan ajal manusia.)
Pada malam ini diturunkan al- Quran sebagaimana firman Allah yang
maksudnya, “Sesungguhnya Kami menurunkannya (al-Quran) pada lailatulqadar.”
(al-Qadr, 1)( Ibn Abbas berkata, Allah menurunkan
al-Quran sekali gus dari al-Loh al-Mahfuz ke Bait al-E’zzah yang terletak di
langit dunia. Kemudian ia turunkan secara berperingkat kepada Rasulullah SAW,
selama 23 tahun.)
K lah…tu saja kot penulisan saya kali ini.. sahabat2 semua bolehlah melawat blog kawan2 lain yang lebih mantap penulisan dan isi kandungannya dari blog saya ini.. Saya hanya insan yang biasa yang hanya mampu melakukan dengan biasa-biasa sahaja…
Yang terakhir…
Ingin saya kongsikan sedikit petikan lagu ramadhan daripada kumpulan Raihan yang InsyaAllah sedikit sebanyak dapat meningkatkan penghayatan kita terhadap ibadah kita pada bulan Ramadhan ini..Amin..
Raihan- Mulianya Ramadhan..
1 comments:
رمضان كريم
Post a Comment