Ini bukan gaya sejoli tu..
Pada satu petang,setelah baru pulang dari outing..Si A(gadis) telah terserempak dengan pasangan sejoli yang sedang bersembang di satu sudut.Pada awalnya, Si A hanya memandang dengan penuh persoalan dan merenung sejoli tersebut.Mengharapkan dyorang tersedar dan mungkin boleh berpisah.Setelah melepasi mereka berdua,Si B(gadis) n Si C(jejaka) tidak berganjak dari tempat tersebut..Si A berasa x begitu sedap hati untuk sekadar melihat tanpa menegur Si B n Si C tersebut.Dia bertekad untuk berpatah balik..
A: Assalamualaikum..abang ke?
B: Err..a’ah abang..
A : Abang..em abang betul ke?Abang kandung?(dengan penuh kehairanan dan ingin mndptkn kepastian)
C: A'ah.Ye, ni kembar..adik ni x balik.tu yang hantar barang kt adik ni.
A: Oh,kembar..xpelah.tp setahu saya selalunya klu kembar atau adik beradik x sembang macam ‘ni’.(sambil menunjukkan ke arah diorang)Klu adik bradik,diorang sembang macam lain sikit. So, sebab saya tengok korang sembang macam ni tu yang saya datang tegur tu.(Nampak macam bukan adik beradik pun)Tapi xpe lah klu adik beradik..Em, awak..nanti bawa teman eyh..sebab awak sorang je dgn dia.takut bawa fitnah lak.
B: Em..er2.k
A: K lah..bye.Assalamualaikum.
B n C : Waalaikumussalam..
Walaupun begitu, Si A masih tidak berpuas hati dengan jawapan diorang yang mengatakan bahawa diorang adalah kembar.Si A kemudian menuju ke bilik Si B dan bertanyakan kepada roommate Si B tentang Si B mempunyai kembar atau tidak.namun, jawapan yang sudah dapat dipastikan dan difikirkan Si A.Si B x de kembar pun.
Si A berfikir..Kenapalah perlu seseorang manusia itu menipu makhluknya yang lain sedangkan Allah dapat mengetahui juga hal sebenarnya. Si A juga ada terdetik di hatinya.
“Dahla buat dating,then still nak tipu lagi? Berganda dosa yang dilakukan…Astaghfirullah,Nauzubillah.”
Setelah peristiwa tersebut..Si B sering mengelakkan diri dari terjumpa dengan Si A. Namun, Si A hanya mampu berdoa dan masih berusaha untuk mendekati Si B..
P/s Walau sesusah mana pun mulut nak memberi teguran terhadap orang lain,kuatkanlah hati kita kerana sekali anda terlepas daripada menegur benda yang patut ditegur pasti akan menyesal kerana boleh jadi kita akan semakin lemah.Lagi, mungkin kita sudah tidak punya peluang untuk berdakwah terhadap orang lain
kerana belum tentu ada saat seterusnya untuk kita.(peringatan buat diri dan sahabat seperjuangan)
0 comments:
Post a Comment