freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Rahsia Di Sebalik Jari Anda dan Saya

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda
yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia
kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam.
Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar
pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah
baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di
hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda
mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal
emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal
ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan
esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan
tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai
model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan
minda yang hebat.



Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa
"capjempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.
Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.


sekadar selingan..never try this at home!!

--------------------------------------------------------------------------------
''Sesungguhnya Solatku,Ibadahku,Hidupku,Matiku hanya kerana Allah"

"Dan Allah Tuhan Kami
Rasul ikutan kami
Al-Quran Panduan kami
Jihad jalan Kami
Mati Syahid cita-cita tertinggi kami

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...