Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut.
Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, pada
setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya
dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya.
Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kisah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatan mu, namun lukanya masih tetap ada.
Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.
Berdasarkan hadis:-
Dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya ada seorang lelaki berkata kepada Nabi s.a.w.:
"Berilah wasiat padaku." Baginda s.a.w. bersabda: "Jangan marah." Orang itu mengulanginya
berkali-kali tetapi baginda s.a.w. tetap bersabda: "janganlah marah."
(Riwayat Bukhari)
Begitulah pentingnya menahan marah itu kerana seorang mukmin yang kuat adalah apabila dia dapat mengawal kemarahannya..
Tapi jangan pula seorang yang jenis panas baran tu nak paku rumahnya sesuka hati. Minta izin ayah dulu, kalau tak boleh juga pergilah cari rumah orang yang dah nak rebah mencium bumi ,lepas tu minta izin tuan rumah kata nak paku rumah dia. Mesti dia bagi punya..(nak buat baik la kononnya kan)
Walau apa pun,sebenarnya cerita ini hanya sebagai gambaran sahaja.Setiap masalah ada cara penyelesaiannya.
Jika anda marah sewaktu sedang berdiri,maka duduklah..
Jika anda marah sewaktu sedang duduk,maka baringlah
Jika anda marah sewaktu sedang berbaring, maka tidurlah.
Tetapi jika kemarahan anda belum hilang selepas cara2 tersebut,berwudu'lah dan solatlah agar dapat menenangkan dan menghilangkan amarah anda.
Wallahualam.
Akhir sekali,maafkan saya sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang di dinding hati anda.....
1 comments:
kalo marah kte g men bola boleh x??hahah
Post a Comment