Begitulah setiap segala yang terjadi di dunia ini.. setiap orang pasti merancang..Allah juga merancang, tapi Allah lah sebaik-baik perancang dan penentu takdir kita.
Dulu, dia sentiasa bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Menjadi seorang pakar bedah. tapi, dia tahu kemampuan dia. Dia pernah merasakan tidak akan tercapai semua itu. Namun, Allah telah memilih dia untuk mendapat apa yang hampir dengan impian dia itu.. Sains kesihatan...Ia juga ada turut berkaitan dengan kesihatan,perubatan atau sains yang dia sangat meminatinya.. Dia berusaha sedaya upaya mencapai cita2 dia itu..Ia juga merupakan harapan dari mak dan ayah dia...
Salah satu pilihan dia |
Dia agak suka optometrist |
Setelah belajar dan terus belajar dengan agak lama agar dapat beroleh cita-citanya... bangun jatuhnya, sedih gembiranya dia telah rasai sepanjang permbelajarannya dalam kos itu. Jatuh sekali, bangun..jatuh lagi bangun..biarpun sudah dalam lubang yang tempatnya jatuh..dia tetap cuba untuk bangun.. Akhirnya, dia tidak dapat bangun dan keluar dari lubang itu lagi...
Dia cuba menggali lubang itu untuk mencari jalan keluar..hanya itu yang dia mampu lakukan..Jika dia hendak keluar, sudah terlalu dalam lubang itu. Sudah gelap lubang itu.. Akhirnya, lama menggali..timbul satu cahaya harapan setelah dia terjumpa jalan keluar yang telah diberikan oleh pemilik lubang itu. Pemilik lubang iu membuka laluan untuknya agar beliau dapat keluar dari lubang itu untuk meneruskan pembelajarannya.
Bezanya kali ini...lubangnya yang dahulu telah ditutup buat selama-lamanya. Dia sudah tidak mampu untuk jatuh dalam lubang itu lagi.. Akhirnya, sinar harapan masih ada buatnya. Tempat yag lain yang tidak berlubang. Rata sahaja.. Cuma tempat itu amat jauh dari lubang yang dahulu.
Allah, dia amat sedih sekali kerana lubang itu terpaksa ditutup. Dia tidak akan berada di lubang itu lagi setelah jatuh bangunnya membuatkan dia tidak dapat bangun lagi dari lubang itu.. Dia telah memohon peluang yang lain yag beliau hanya sekadar meminati.. Itu bukan cita-citanya..Itu hanya minatnya..
Sains kemanusiaan... mampukah dia meneruskan perjalanan yang baru yang tidak pernah dijangkakan akan terjadi dalam hidupnya.. Apa yang dia mampu lakukan setakat ini hanyalah berdoa supaya dimudahkan segala urusannya. Dimudahkan pengajiannya,diberikan kejayaan yang lebih cemerlang buatnya..Dia juga tahu, usahanya selama ini tidak akan sia-sia jika jalan yag baru itu dapat ditempuh dan dilalui dengan lebih baik. Biarpun perjalanan itu sukar dan jauh..Namun, Allah akan tetap sentiasa menolong untuk dia mencapai kejayaannya sebagai jalan ke akhirat..
Dia minat sahaja..tetapi tidak pernah bercita-cita.. Adakah minatnya akan dapat menjadi satu cita-cita?? Semestinya, kerana itulah hakikatnya.. Cita-citanya dahulu kini menjadi satu pengalaman bermakna buat dia.
Antara satu bidang pilihan yang akan diambil |
Dia turut meminati bidang politik |