freeonlinephotoeditor

Salam Pertemuan

Pelajar Gaza Cemerlang

Khamis, 29/07/2010 – Pihak Jabatan Pendidikan mengumumkan bahawa pelajar puteri, Nur Ismail dari Khan Yunis selatan, Semenanjung Gaza menduduki tempat pertama sekolah menengah seluruh Palestin untuk jurusan sains. Dalam majlis tersebut diumumkan juga, empat pelajar dari Gaza termasuk 10 terbaik di jurusan yang sama. Sementara 10 terbaik untuk jurusan sastera, enam di antaranya berasal dari Gaza. Ini bukan berita biasa, tetapi sangat luar biasa. Ini kerana sekolah-sekolah di Semenanjung Gaza yang dihancurkan Israel dan guru serta pelajarnya tahun ini dalam keadaan yang sangat daif dan sukar. Di tambah lagi dengan sekatan yang sangat kejam terhadap Gaza. Semua kesukaran tersebut boleh sahaja menjadi alasan kepada mereka yang mempunyai nilai dan jati diri yang rendah. Barangkali lulus sahaja sudah merupakan satu pencapaian yang besar. Namun ketika tempat pertama di jurusan sains adalah seorang puteri dari Khan Yunis dan 10 terbaik adalah pelajar dari Gaza, maka rasanya pencapaian ini menjadi sangat menakjubkan.

Murid-murid dari Gaza menghabiskan tahun pembelajaran yang lalu dalam keadaan sekolah serba kekurangan dari segala segi sama ada tenaga pengajar, buku, buku tulis, alat-alat sekolah dan kemudahan asas sekolah yang lain. Apatah lagi ketika bekalan letrik sering terputus, memaksa murid mengulangkaji pelajaran dengan lilin atau menggunakan lampu tradisional. Ini belum dilihat lagi dari aspek sekatan yang dilakukan regim Zionis dan serangan militan Israel pada bila-bila masa.

Dari luar, kita merasakan begitu kagum dengan kejayaan tersebut. Namun jika kita memperhatikan keadaan sebenar di Semenanjung Gaza dan keperitan hidup seharian yang mereka tempuhi, maka kekaguman itu akan menjadi berlipat kali ganda.

sumber : COMES
penterjemah : osman

petikan: http://palestinkini.info/

Kata-Kata Hikmat Saidina Umar r.a

Ø Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai dunia, maka curigailah ia mengenai agamanya, kerana orang yang mencintai sesuatu ia akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu

Ø Kalau kita bermewah-mewah di dunia akan kurang ganjarannya di akhirat

Ø Aku tidak pedulikan atas keadaan susah atau senangku kerana aku tidak tahu manakah diantara keduanya yang lebih baik dariku

Ø Tidak ada ertinya Islam tanpa jemaah dan tidak ada ertinya jemaah tanpa pemimpin dan tidak ada ertinya pemimpin tanpa ketaatan

Ø Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yg menimbulkan persangkaan maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk padanya

Ø Kebajikan yang ringan adalah menunjukkan muka berseri-seri menunjukkan kata-kata lemah lembut

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...