Bercintalah dengan pelajaran, bertunanglah dengan mengulangkaji, berkahwinlah dengan peperiksaan dan berbulan madulah dengan kejayaan.
Sesungguhnya, ilmu pengetahuan itu seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap. Dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat kita lakukan.
Biarlah kita dikatakan bodoh bila diajar dan sering menimba pelajaran tapi jangan bodoh tanpa pelajaran.
Apalah gunanya ilmu jika tidak di amalkan dan apalah gunanya hidup jika tidak berlandaskan sunnah dan Al Quran sebagai pegangan hidup kita.
Jangan terus takut untuk berjuang kerana kegagalan pertama, ianya tidak terus gagal: tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi sesiapa yang pernah mengalaminya
Akhir sekali,pabila kamu sudah berjaya.Jangan malu memberikan sedikit, kerana pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali serta jangan kedekut untuk memberikan sedikit ilmu keran ilmu itu adalah milik Allah.
0 comments:
Post a Comment